awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perolehan projek Tentera Darat: SPRM sita enam akaun bank, geledah beberapa syarikat
SPRM rakam keterangan bekas menteri disyaki terima rasuah RM5 juta, Lamborghini
Pahang kembali dilanda banjir, Johor catat peningkatan mangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki ditemukan berlumuran darah di UTC Kedah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
13/09/2023
08:10 MYT
Mayat lelaki ditemukan berlumuran darah di UTC Kedah
Pekerja dan pengunjung dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki berlumuran darah di ruang pendingin hawa di bangunan kompleks UTC Kedah hari ini. -Astro AWANI
ALOR SETAR: Pekerja dan pengunjung dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki berlumuran darah di ruang pendingin hawa di bangunan kompleks Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah di Jalan Kolam Air, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.15 pagi dan sepasukan pegawai dan anggotanya telah digegaskan ke lokasi.
“Mayat itu ditemui seorang saksi berusia 25 tahun dan mengesyaki lelaki itu sudah meninggal dunia kemudian bertindak menghubungi polis melalui talian MERS 999.
“Saksi memaklumkan dia ternampak seseorang terbaring di ruangan pendingin hawa di bangunan berkenaan ketika sedang menunggu kenderaan e-hailing di situ.
"Mayat si mati kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Shukri berkata, setakat ini pihaknya sedang mengenal pasti identiti si mati yang berusia 39 tahun itu dan siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Topic Berkaitan
#Mayat lelaki ditemukan berlumuran darah
#UTC Jalan Kolam Air
#Hospital Sultanah Bahiyah
#Jabatan Forensik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan