awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terbaring dalam kebun betik

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/08/2022
10:15 MYT
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terbaring dalam kebun betik
Mayat itu ditemukan penduduk kampung sekitar jam 11.30 pagi sebelum bertindak menghubungi polis.- Foto PDRM
BALING: Mayat seorang lelaki ditemukan terbaring di tanah di dalam kebun betik berdekatan Kampung Dalam Wang dekat Baling pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Baling Superintenden Shamsudin Mamat berkata, mayat itu ditemukan penduduk kampung sekitar jam 11.30 pagi sebelum bertindak menghubungi polis.
“Sebaik polis tiba mendapati mayat dalam keadaan terbaring di atas tanah.
“Pemeriksaan polis tidak menemui identiti pengenalan diri pada tubuh mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shamsudin berkata, susulan itu polis melakukan siasatan dan menahan seorang lelaki tempatan dan lelaki warga asing di kawasan itu pada jam 3 dan 5 petang hari sama.
Katanya, kedua-dua lelaki berusia 33 dan 52 tahun itu ditahan dan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling.
“Hasil urin mendapati kedua-dua suspek negatif dadah manakala warga asing tersebut didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya.
Kedua-dua suspek telah di reman sehingga 4 September bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 6 (1)( c ) Akta Imigresen.
Topic Berkaitan
#mayat tanpa identiti
#polis baling
#kebun betik
#Kampung Dalam Wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan