LUNDU: Mangsa yang hilang dalam tragedi kepala air di kawasan air terjun Kampung Sebat, Sematan ditemui mati pada pagi ini.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak. Henderi Ardimansyah berkata, mayat Steven Chai Pok Yee, 20, ditemui tersangkut di celah-celah batu di kawasan air terjun tersebut oleh penduduk kampung, sekitar jam 7.15 pagi Sabtu.
Dalam kejadian sekitar jam 4.50 petang pada Jumaat, Steven dan beberapa rakannya yang lain sedang beriadah di kawasan air terjun terkenal itu, sebelum dihanyutkan kepala air yang tiba-tiba muncul.
Tiga rakannya yang lain berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang kebetulan berada di lokasi kejadian.
Namun seorang daripada rakannya, Vincent Tiong Kung Cheng, 20, kemudian disahkan telah meninggal dunia oleh paramedik Klinik Kesihatan Sematan, yang hadir ke lokasi.
Kedua-dua mangsa yang maut ini berasal dari Kota Samarahan.
Dua rakannya yang lain bagaimanapun selamat.
Untuk rekod, Air Terjun Kampung Sebat, yang terletak di Kampung Sebat Dayak, kira-kira 100 kilometer dari bandar raya Kuching merupakan kawasan tarikan pelancongan dan riadah yang semakin popular.
Ia mendapat nama daripada perkataan "Sahabat" bagi menggambar keakraban komuniti; Melayu dan Dayak yang wujud dan hidup bersama di kawasan tersebut.
Rudi Affendi Khalik
Sat Apr 13 2024
Mayat mangsa ditemui tersangkut di celah-celah batu di kawasan air terjun tersebut oleh penduduk kampung. - Foto JBPM Sarawak
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
AWANI Tonight: NHMS 2023: Number of people with depression doubles in 4 years
The number of people with depression had doubled from 2019 to 2023 with one million people aged 15 and above suffering from depression in Malaysia.
AWANI Tonight: Supporting educators’ growth in the age of AI
On Teachers’ Day, Assoc Prof Dr Adelina Asmawi from Universiti Malaya shares the main challenges lecturers face in the higher education sector, and where improvements can be made for better support.
AWANI Tonight: Israel intensifies Jabalia and Rafah operations in Gaza
The Jabalia refugee camp in northern Gaza is now the main battle zone, where tens of thousands of civilians have fled. At the same time, Israel continues to pound the southern city of Rafah.
10 Berita Pilihan - (16 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kejadian kepala air di Lata Iskandar disebabkan hujan lebat
Kejadian kepala air yang berlaku di air terjun Lata Iskandar berpunca daripada hujan lebat.
Lata Kinjang dilanda kepala air
Hujan lebat beberapa jam yang melanda kawasan Kampar dan Tapah menyebabkan berlaku kejadian kepala air di Lata Kinjang awal pagi ini.
Lima remaja, seorang kanak-kanak terperangkap akibat kepala air di Nilai
Lima remaja dan seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap di atas batu di tengah Sungai Batang Labu Batu 9, Kampung Tebing Tinggi di sini dalam kejadian kepala air.
Kepala air Lahad Datu: Aktiviti river hiking tidak dapat kelulusan, kebenaran
Polis mengesahkan sebanyak 15 individu terlibat dalam kejadian kepala air di Lembah Maksina, Makuau, Tungku semalam.
Dua lelaki diselamatkan, terperangkap arus deras kepala air
Ketika kejadian, kedua-dua lelaki berkenaan sedang melakukan aktiviti memancing di kawasan tersebut.
Mayat mangsa tragedi kepala air di Kampung Sebat ditemui
Mayat mangsa ditemui tersangkut di celah-celah batu di kawasan air terjun tersebut oleh penduduk kampung.
Kepala air: Seorang maut, seorang hilang di air terjun Kampung Sebat
Insiden tersebut melibatkan empat mangsa yang kesemuanya lelaki dengan dua daripada mereka berjaya diselamatkan orang kampung.
41 ahli keluarga cemas terperangkap insiden kepala air di Kapit
Akibat hujan lebat yang melanda, air sungai naik secara tiba-tiba mengakibatkan kepala air yang deras dan semua mangsa yang berada di situ terperangkap.
Tragedi kepala air: Jenazah Aszura selamat dikebumi
Jenazah Aszura disemadikan selepas disolatkan di Masjid Al-Muhtadin kira-kira jam 11.30 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Tragedi kepala air Kampung Poh: Mayat dua beradik mangsa terakhir ditemui
Mangsa Hanum Marissa Azam, 2 tahun, dan kakaknya, Hanna Mikayla, 7 tahun, dijumpai kira-kira pukul 9 dan 9.10 pagi.