awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat pemancing terjatuh di perairan Sementa ditemui

Bernama
Bernama
24/02/2023
15:30 MYT
Mayat pemancing terjatuh di perairan Sementa ditemui
Penemuan mayat di sekitar perairan Kapar itu dimaklumkan kepada pihaknya selepas mendapat maklumat daripada nelayan di kawasan berkenaan. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Mayat lelaki dipercayai pemancing yang dilaporkan terjatuh ke laut selepas sampan dinaiki bersama seorang rakan dilanggar bot pukat tunda di pesisir pantai perairan Sementa, dekat sini semalam, ditemukan terapung pada 2.30 petang tadi.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Kapten Maritim V. Siva Kumar berkata penemuan mayat di sekitar perairan Kapar itu dimaklumkan kepada pihaknya selepas mendapat maklumat daripada nelayan di kawasan berkenaan.
"Sejurus menerima maklumat itu, bot PERKASA 36 bersama bot agensi sahabat telah ke lokasi dan menemukan satu mayat lelaki dalam keadaan terapung.
"Mayat itu telah dibawa ke Jeti Pangkalan Nelayan Sementa bagi proses pengecaman oleh ahli keluarga sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan.
Siva Kumar berkata pengecaman awal oleh keluarga mangsa mengesahkan mayat itu adalah Raiman Suyud, 54, yang dilaporkan jatuh laut semalam.
Menurutnya operasi Carilamat menggunakan empat bot terdiri daripada APMM, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan turut dibantu komuniti nelayan tempatan ditamatkan pada 5 petang tadi, manakala Pos Hadapan Carilamat di Jeti Pangkalan Nelayan Sementa, Kapar ditutup.
Media melaporkan, Raiman yang keluar memancing bersama seorang rakan pada 11.30 malam dua hari lepas, dilaporkan jatuh laut di pesisir pantai perairan Sementa pada 5.30 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemancing lemas
#Klang
#Sementa
#bot dilanggar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan