awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat pemuda terjun Jambatan Pulau Pinang sudah ditemui

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
18/05/2022
10:19 MYT
Mayat pemuda terjun Jambatan Pulau Pinang sudah ditemui
Mayat pemuda berusia 28 tahun yang terjun ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang ditemui hari ini selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan. - Gambar ihsan Maritim Malaysia
GEORGE TOWN: Mayat pemuda berusia 28 tahun yang terjun ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang ditemui hari ini selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, mayat lelaki itu ditemui terapung berhampiran perairan Pulau Rimau pada pukul 9.40 pagi oleh nelayan tempatan sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.
“Susulan itu, bot PERKASA 1221 serta aset agensi lain yang terlibat dalam operasi tersebut diatur gerak ke lokasi penemuan.
“Mayat mangsa dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Abd Razak berkata, Operasi CARILAMAT yang masuk hari ketiga dengan pembahagian lima sektor pencarian dengan keluasan 34.08 batu nautika persegi ditamatkan pada pukul 1 tengah hari tadi susulan penemuan mayat tersebut.
Dalam pada itu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil langkah terburu-buru sekiranya menghadapi sebarang masalah dan rujuk pihak yang berkaitan dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Orang awam diminta agar melaporkan sebarang penemuan dan melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.
Pada Ahad lepas, seorang pemuda bertindak meninggalkan kereta yang enjinnya masih hidup dan barang peribadinya di atas Jambatan Pulau Pinang sebelum terjun ke dalam laut.
Usaha mencari dan menyelamat mangsa dilakukan pasukan penyelamat sejak mangsa dilaporkan hilang.
Topic Berkaitan
#mayat pemuda
#terjun Jambatan Pulau Pinang
#Jambatan Pulau Pinang
#operasi carilamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan