awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat suspek penggal kepala kanak-kanak ditemui dalam Sungai Klang

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
31/05/2014
09:53 MYT
Mayat suspek penggal kepala kanak-kanak ditemui dalam Sungai Klang
Mayat suspek penggal kepala kanak-kanak dijumpai dalam Sungai Klang
Polis telah menemui mayat suspek yang membunuh secara kejam dengan mengelar sehingga putus kepala seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan, Siti Soffea Emelda, kelmarin.
Pegawai Bomba Kanan II, Kuala Lumpur, Omar Chekku, yang mengetuai operasi pencarian tersebut memberitahu Astro AWANI bahawa mayat suspek itu telah ditemui dalam arus Sungai Klang di bawah tol Sunway Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menghala ke Shah Alam.
“Mayat telah dibawa naik dan telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” kata Omar.
Usaha pencarian hari ini bermula kira-kira pukul 10.50 pagi dengan dibantu tujuh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dan Unit Skuba.
Tiga buah kayak turut digunakan dalam operasi pencarian suspek.
Siti Soffea menjadi mangsa seorang lelaki tidak berhati perut yang dikatakan telah menghentak kepala mangsa dengan serpihan seramik serta mengelar leher mangsa sehingga putus.
Suspek turut dilihat cuba membaringkan mangsa dipercayai cuba untuk mencekiknya di tempat kejadian yang terletak berdekatan tebing Sungai Klang berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Jalan Tun Sambanthan.
Lelaki yang dipercayai warga tempatan itu terjun ke dalam sungai sewaktu mengelak daripada ditangkap orang ramai dan anggota polis bantuan yang melihat kejadian.
Motif sebenar kejadian itu belum dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#dua tahun
#penggal kepala
#putus kepala
#Siti Soffea Emelda
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan