awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita mereput ditemui di kebun kelapa sawit

Bernama
Bernama
17/02/2015
04:10 MYT
Mayat wanita mereput ditemui di kebun kelapa sawit
Mayat seorang wanita yang sedang mereput ditemui di kawasan kebun kelapa sawit di Mantin, dekat sini petang semalam. -Gambar fail
Mayat seorang wanita yang sedang mereput ditemui di kawasan kebun kelapa sawit di Mantin, dekat sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Abdullah Roning berkata mayat wanita itu yang berpakaian kemeja-T berwarna putih dan berseluar panjang berwarna coklat ditemui di kawasan berkenaan pada 6.45 petang.
Katanya mayat Norini Sofian, 58, dijumpai telah membengkak dan pergelangan tangan kiri sudah tiada disyaki dimakan binatang.
"Barang kemas didapati tidak hilang. Terdapat seutas cincin di sebelah kiri mayat (atas tanah)," katanya di sini, hari ini.
Katanya siasatan awal mendapati kes ini mempunyai persamaan dengan kes kehilangan seorang wanita yang mengalami penyakit saraf hilang selepas keluar dari rumah pada 11 Feb lepas.
"Pakaian yang dipakai oleh mangsa seperti dalam laporan ketika dia hilang adalah sama iaitu baju kemeja-T berwarna putih dan berseluar panjang berwarna coklat," katanya.
Abdullah berkata anggota forensik tidak dapat membuat sebarang pemeriksaan lanjut disebabkan keadaan mayat yang agak reput.
Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.
Topic Berkaitan
#Abdullah Roning
#kelapa sawit
#mayat mereput
#nilai
#Norini Sofian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan