MALAYSIA
Mayat wanita reput ditemukan dalam rumah di Taman Klebang Jaya

Menurut polis, pengadu memaklumkan terdapat mayat dalam keadaan reput yang dilihat melalui tingkap sebuah rumah di Taman Klebang Jaya, Chemor, semalam. - Foto IPD Ipoh
IPOH: Mayat wanita dalam keadaan reput ditemukan di sebuah rumah di Taman Klebang Jaya, Chemor di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mayat itu ditemui oleh seorang lelaki yang merupakan ejen syarikat penapis air dan penyaman udara kira-kira pukul 4.25 petang.
"Pengadu memaklumkan terdapat mayat dalam keadaan reput disyaki wanita, yang dilihat melalui tingkap rumah tersebut," katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Justeru, beliau berkata pihak forensik telah dimaklumkan berkenaan insiden itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami