awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat warganegara India ditemui terapung di Batang Lassa, Daro

Lynch Cowan
Lynch Cowan
23/07/2020
03:45 MYT
Mayat warganegara India ditemui terapung di Batang Lassa, Daro
Collin berkata, tiada kesan kecederaan didapati pada tubuh badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Foto Astro AWANI
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warganegara India yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari kapal pada Isnin lalu ditamatkan apabila mayat mangsa ditemui terapung berhampiran jeti Kampung Serban Batang Lassa, Daro Rabu malam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Supritendan Collin Babat berkata, mayat mangsa yang ditemui oleh orang awam pada jam 11 malam Rabu.
Menurut saksi, dia yang sedang duduk bersantai dengan seorang rakan di jeti itu ternampak mayat terapung hanyut dari arah hulu ke hilir sungai sebelum menghubungi pihak polis.
Mayat tersebut kemudian diangkat pihak polis dari IPD Daro yang turut dibantu oleh orang awam sebelum dibawa ke Hospital Sibu.
Jelas Collin lagi, tiada kesan kecederaan didapati pada tubuh badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#air
#hilang
#Hospital
#India
#jatuh dari kapal
#kapal
#mangsa
#mayat
#operasi
#polis
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan