awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Perak bantu keluarga tular tunggang motosikal dari Ipoh ke HKL

Bernama
Bernama
15/11/2020
21:46 MYT
MB Perak bantu keluarga tular tunggang motosikal dari Ipoh ke HKL
Nur Mardhiah Shahadah, 3 tahun, menderita pelbagai penyakit kronik termasuk kanser mata, Chromosome 13q Deletion Syndrome, buah pinggang dan paru-paru. --fotoBERNAMA
IPOH:Kesukaran dihadapi keluarga yang terpaksa menunggang motosikal dari Ipoh ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membawa anak mereka mendapatkan rawatan mendapat perhatian Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Baru-baru ini, kisah Nur Natasya Rasid, 24, dan suaminya Muhammad Iqbal Ramli, 24, tular selepas menaiki motosikal ke hospital berkenaan dari sini untuk membawa anaknya Nur Mardhiah Shahadah yang berusia tiga tahun mendapatkan rawatan pelbagai penyakit kronik.
Isteri Menteri Besar, Datin Seri Nomee Ashikin Mohammed Radzi, yang berkunjung ke kediaman keluarga itu di Taman Meru, di sini semalam, berkata selain membantu menyediakan pengangkutan, beberapa bantuan lain akan diberikan kepada mereka.
"Menteri Besar telah memaklumkan akan menyediakan pengangkutan di mana sahaja rawatan dijalankan memandangkan adik Nur Mardhiah Shahadah perlu mendapatkan rawatan setiap dua minggu di HKL yang merupakan satu bebanan yang tinggi.
"Selain itu, kami juga akan bantu keluarga ini membayar sewa rumah mereka sekurang-kurangnya selama enam bulan dan saya akan cuba bantu untuk merujuk beberapa rawatan anak ini dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, namun ia bergantung kepada kebenaran dari HKL," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Nur Natasya di Taman Meru di sini.
Nur Mardhiah Shahadah yang merupakan anak bongsu dari tiga beradik menderita pelbagai penyakit kronik termasuk kanser mata, penyakit genetik iaitu Chromosome 13q Deletion Syndrome, buah pinggang dan paru-paru.
Dalam pada itu, Nur Natasya amat bersyukur atas keprihatinan orang ramai termasuk Menteri Besar serta isteri yang menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung keluarganya.
Jelas Nur Natasya, kos saraan anaknya itu semakin bertambah menjadi sekitar RM1,700 sebulan kerana perlu berulang-alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur sejak berpindah ke bandar raya itu lima bulan lalu.
Katanya, pendapatan suaminya sebagai buruh sekitar RM1,000 sememangnya tidak mencukupi untuk menampung kos tersebut tetapi amat bersyukur atas bantuan orang ramai kepada mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nomee Ashikin Mohammed Radzi
#bantuan
#Menteri Besar
#Ahmad Faizal Azumu
#Tular
#HKL
#anak sakit
#motosikal
#Ipoh
#Hospital Kuala Lumpur
#Taman Meru
#pengangkutan
#Nur Mardhiah Shahadah
#penyakit kronik
#buruh
#kos rawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan