Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu hari ini mengingatkan anggota Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) agar berhati-hati dalam mengulas sebarang isu agar tidak bertentangan dengan kepimpinan kerajaan.
Beliau juga berkata sebaiknya Exco mengemukakan pandangan mereka pada mesyuarat dan bukan secara terbuka kepada media khususnya berhubung isu sensitif seperti pemilikan tanah 999 tahun untuk kampung baharu.
"Saya rasa disiplin sebagai Exco perlu dibaiki dan masing-masing perlu faham bila masanya kita perlu keluarkan pandangan dan sebagainya... bukan semua perkara kita boleh sebut sesuka hati.
"Tapi saya fikir ini pengalaman baharu bagi ramai orang termasuk saya. Perkara ini boleh dibaiki dan jangan tunjuk perbalahan dan perbezaan ini secara terbuka kepada umum, ini kurang baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis korban di Masjid Al-Mukmin di Kampung Batu 3 di sini.
Mengulas perkembangan berkaitan, Ahmad Faizal berkata kerajaan negeri akan mengadakan bengkel untuk mencari jalan dalam melaksanakan manisfesto Pakatan Harapan di Perak termasuk membincangkan isu tanah tersebut.
Katanya bengkel tersebut akan disertai mereka yang pakar termasuk dalam perlembagaan dan bekas pegawai tinggi kerajaan.
Ini kerana katanya terdapat pandangan berbeza berhubung isu tanah tersebut termasuk yang mengatakan langkah memberikan hak milik 999 tahun kepada penduduk kampung baharu melanggar Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 22 2018
AHMAD FAIZAL: Bukan semua perkara kita boleh sebut sesuka hati.
UNESCO hadiahkan semua wartawan di Gaza anugerah PBB
Sebagai sebuah badan PBB yang menggalakkan keamanan dan keselamatan dunia, bumi gaza telah menjadi enjadi tempat paling maut bagi wartawan dalam sejarah susulan serangan kejam israel membunuh puluhan ribu manusia.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Peminat sukan badminton tanah air berpeluang menyaksikan aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 antara Malaysia dan China yang akan ditayangkan di 15 lokasi skrin besar di seluruh negara, pada Sabtu ini
Kes demam denggi berkurangan pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 2,237 kes pada Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) iaitu dari 21 April hingga 27 April lalu berbanding 2,321 kes pada minggu sebelumnya.
Polis giat buru suspek samun pemain TFC
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang juga pemain bola sepak kebangsaan berusia 25 tahun cedera di kepala, kaki kiri dan lengan kiri.
Bapa ditahan dera anak usia 2 tahun
Seorang lelaki diberkas dipercayai mendera anak perempuannya yang berumur dua tahun dalam kejadian di sebuah rumah dekat Taman Pinggiran Cheras.
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.
KPM sedar sistem pendidikan berdepan krisis
Semua pihak termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia sedar bahawa sistem Pendidikan negara sedang berdepan dengan krisis.
Lebih 500,000 pelajar Sabah nikmati manfaat pembaikan sekolah daif
Seramai 514,070 murid dan pelajar di Sabah menikmati prasarana sekolah lebih baik hasil usaha berterusan kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pendidikan dalam menaik taraf sekolah daif serta kerja-kerja penyelenggaraan bangunan sekolah di negeri itu
AWANI Ringkas: Mahkamah tolak permohonan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Mahkamah Tinggi tolak permohonan Lim Guan Eng ,isteri dan Phang Li Koon
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew Gek Cheng dan ahli perniagaan Phang Li Koon untuk membatalkan pertuduhan rasuah berkaitan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta.
Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Rofiah Mohamad pada pagi Jumaat.
Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Rofiah Mohamad pada pagi Jumaat.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.
Kesetiaan saya kepada Muhyiddin masih utuh - Peja
Beliau menjelaskan tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana pihak lawan atau menyokong kepimpinan Kerajaan Persekutuan sedia ada.
Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan boleh dipikul anak tempatan - Peja
Beliau bercadang untuk memaklumkan kepada Pengerusi dan Majlis Tertinggi PN agar dibuat pertukaran jawatan tersebut.
Pengerusi PN Negeri Sembilan: 'Peja seolah-olah tidak lagi berminat' - Rafie
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disaran meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan sekiranya tidak lagi berminat untuk menjalankan tugasnya.
'Lepas PRN pun tiada kerja lain, asyik provokasi orang', kata Aminuddin kepada Peja
Cadangan daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hanya untuk tujuan provokasi terutamanya untuk akar umbi parti.
PRN: PH perlu berlapang dada, serah kerusi MB kepada Jalaluddin - Peja
UMNO yang menang banyak kerusi di Negeri Sembilan seharusnya diberi jawatan Menteri Besar, cadang Peja.
Dakwaan gangguan seksual: Peja lantik peguam lindungi daripada laporan palsu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggunakan khidmat peguam bagi mendapatkan nasihat untuk melindunginya daripada laporan palsu.