GOPENG: Kerajaan Negeri Perak menyarankan supaya rakyat di negeri itu menanam sendiri sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri susulan kekurangan bekalan makanan yang dihadapi ketika ini.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata langkah itu juga merupakan antara inisiatif bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat kenaikan harga beberapa produk pertanian dan penternakan ketika ini.
"Sayur-sayuran boleh ditanam manakala kambing, lembu, kerbau dan ayam boleh diternak untuk kegunaan sendiri serta boleh dijual sekiranya bekalan itu berlebihan.
"Sebab itu saya kempen di merata tempat supaya apa yang kita hendak makan, kita tanam dan ternak sendiri supaya kita tidak terlalu bergantung kepada bekalan dari luar," katanya kepada pemberita pada Program Agrofest Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif SADC Yahanis Yahya di The Treasure Taman Herba Gopeng hari ini.
Beliau juga berkata bagi memperkasa bidang sekuriti makanan, SADC dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Perak akan membangunkan Projek Taman Agroteknologi Manong di Kuala Kangsar di kawasan seluas 40 hektar yang telah diluluskan pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah perbadanan itu pada April lepas.
"SADC juga telah memulakan projek Hab Halal Perak bagi mengukuhkan lagi bidang sekuriti makanan. Malah ia dilihat mampu menyediakan peluang pekerjaan sekali gus membantu kerajaan negeri dalam meningkatkan penjanaan ekonomi rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022
Saarani berkata langkah itu juga merupakan antara inisiatif bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat kenaikan harga beberapa produk pertanian dan penternakan ketika ini. - Gambar fail/BERNAMA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Adik lelaki MB Perak meninggal dunia pada usia 49 tahun
Adik lelaki Menteri Besar Perak, Ahmad Rozimi Mohamad meninggal dunia, kira-kira pukul 10 pagi Isnin, di Hospital Taiping.
MB Perak nafi khabar angin berlaku perubahan pentadbiran
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menafikan khabar angin bahawa kononnya akan berlaku perubahan pentadbiran kerajaan negeri.
'Saya tak gemar ukuran 100 hari' - Saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengakui beliau tidak gemar meletakkan sasaran 100 hari bagi dijadikan kayu ukur kejayaan pentadbiran sesebuah kerajaan negeri.
Pemilihan UMNO: Saya pemimpin kecil, cukup 'main' di Perak sahaja - Saarani
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan dirinya tidak akan bertanding bagi merebut mana-mana jawatan tertinggi di Pusat pada Pemilihan UMNO 2023.
Pasca PRU15: Isu dakwaan Bersatu rebut jawatan MB Perak selesai
Bersatu menerima permohonan maaf Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini berhubung dakwaannya parti itu berebut jawatan Menteri Besar dengan Pas.
MB Perak umum senarai portfolio Exco
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan senarai portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
PRU15: Parti politik boleh salur sumbangan mangsa banjir melalui pejabat daerah
Mana-mana parti politik yang ingin memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Perak ketika tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh menyalurkannya melalui pejabat daerah.
Tak pernah ada pakatan UMNO-DAP jatuhkan Ahmad Faizal sebagai MB - Saarani
UMNO tidak pernah berpakat dengan DAP untuk menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak pada Disember 2020 lalu.
Pembangkang jangan hasut, kelirukan rakyat dalam isu perlombongan lantanid - MB Perak
Kerajaan Perak mengingatkan pihak parti pembangkang agar tidak menghasut dengan mengelirukan rakyat berhubung isu perlombongan nadir bumi lantanid di Gerik.
Bajet 2023 Perak tidak diawalkan - Menteri Besar
Pembentangan Bajet Negeri Perak 2023 tidak akan diawalkan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.