awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBSA sasar semua sampah sisa banjir dikeluarkan Ahad ini

Bernama
Bernama
05/01/2022
20:37 MYT
MBSA sasar semua sampah sisa banjir dikeluarkan Ahad ini
Keseluruhannya, sebanyak 34,188 tan metrik sisa sampah banjir telah dikeluarkan dari lokasi terjejas banjir bagi kawasan pentadbiran MBSA sehingga Selasa. - Gambar fail BERNAMA
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyasarkan keseluruhan sampah sisa banjir di 21 lokaliti termasuk Taman Sri Muda, Seksyen 25 yang terkesan banjir, dapat dikeluarkan sehingga Ahad ini.
Timbalan Datuk Bandar Mohd Rashidi Ruslan berkata proses pembersihan 21 lokaliti terjejas banjir di kawasan pentadbiran MBSA, sudah mencapai 80 peratus setakat ini.
"Isnin depan, kita akan masuk fasa kedua hingga 20 Jan. MBSA jangka sampah akan datang kembali apabila ada penduduk yang mahu bersihkan semula (rumah)," katanya kepada pemberita ketika memantau pembersihan pascabanjir di Taman Sri Muda, di sini pada Rabu.
Beliau berkata proses pembersihan dijalankan oleh pelbagai agensi termasuk badan bukan kerajaan hampir 24 jam sehari, dengan fokus diberikan kepada kawasan kediaman pada waktu siang dan kawasan industri dan komersial pada waktu malam.
Katanya secara keseluruhan sebanyak 34,188 tan metrik sisa sampah banjir telah dikeluarkan dari lokasi yang terjejas banjir bagi kawasan pentadbiran MBSA sehingga Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sampah
#MBSA
#banjir selangor
#pembersihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan