awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA senarai pendek tiga calon untuk Bukit Gelugor

Astro Awani
Astro Awani
02/05/2014
13:20 MYT
MCA senarai pendek tiga calon untuk Bukit Gelugor
LIOW: Kesemua calon yang disenari pendek itu adalah calon anak tempatan. -Gambar Fail
Parti MCA telah menyenaraikan pendek tiga nama calon untuk pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei ini.
Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, senarai nama itu akan dikemukakan kepada pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan.
Beliau berkata, kesemua calon yang disenarai pendek itu adalah calon anak tempatan dan beliau yakin salah seorang daripada mereka akan dipilih sebagai wakil Barisan Nasional.
Liow berkata, biarpun pada pilihanraya umum ke 13 lalu, MCA kalah di Bukit Gelugor, namun parti itu masih terus menjalankan tanggungjawab dan sentiasa komited berkhidmat untuk rakyat di kawasan itu.
Liow berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama dengan pemimpin MCA negeri dan sesi dialog di Dewan Perhimpunan Cina di Georgetown pada Jumaat.
Pilihanraya kecil Bukit Gelugor akan di adakan pada 25 Mei ini selepas kerusi itu kosong berikutan kematian bekas ahli parlimennya, mendiang Karpal Singh yang maut dalam satu kemalangan jalanraya di Gua Tempurung 17 April lalu.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 12 mei sebagai tarikh penamaan calon manakala tarikh pengundian di adakan pada 25 Mei ini.
Kerusi Teluk Intan kosong berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, daripada DAP, akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada kira-kira jam 7.30 pagi, Khamis.
Pada pilihan raya umum lepas, Seah menewaskan calon BN Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.
Mendiang sebelum ini pernah menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar selama tiga penggal sejak tahun 1999.
Topic Berkaitan
#calon
#Liow Tiong Lai
#MCA
#Najib Razak
#Parlimen Bukit Gelugor
#pilihanraya
#senari pendek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan