awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC sedang kesan pihak terlibat guna Jata Negara dalam poster amaran siber pandemik

Bernama
Bernama
05/10/2021
20:56 MYT
MCMC sedang kesan pihak terlibat guna Jata Negara dalam poster amaran siber pandemik
MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang diragui dan tidak dapat dibuktikan kesahihannya.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang giat mengesan pihak yang mengeluarkan poster mengenai amaran siber pandemik yang menampilkan Jata Negara.
MCMC dalam kenyataan pada Selasa mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan Jata Negara tanpa kebenaran kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963.
MCMC turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang diragui dan tidak dapat dibuktikan kesahihannya kerana boleh mencetuskan kekeliruan serta panik dalam kalangan orang ramai.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan berita-berita tidak benar di bawah peruntukan undang-undang sedia ada," menurut kenyataan itu.
Poster itu yang tular di media sosial semalam memberikan amaran untuk bersedia dengan siber pandemik yang dikatakan ada kaitan dengan gangguan teknikal melibatkan platform sosial Facebook, Instagram dan aplikasi WhatsApp selama hampir enam jam sejak semalam.
BACA: Facebook, Instagram, WhatsApp kembali pulih selepas alami gangguan selama 6 jam
Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Facebook, mereka menjelaskan gangguan teknikal yang berlaku pada perkhidmatan Facebook, Instagram dan WhatsApp berpunca daripada perubahan konfigurasi di peringkat penyelarasan trafik rangkaian mereka.
BACA: Kesilapan perubahan konfigurasi pada 'backbone router' dikesan sebagai punca - Facebook
Pengasas bersama Facebook Mark Zuckerberg turut memohon maaf kepada semua pengguna di seluruh dunia yang mengalami gangguan itu dan berkata kesemua aplikasi tersebut ini telah pun kembali pulih secara beransur-ansur.
BACA: Zuckerberg mohon maaf kepada pengguna Facebook, Instagram dan WhatsApp
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#jata negara
#MCMC
#poster amaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan