awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC terbit Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk penyedia perkhidmatan pesanan internet, media sosial

Bernama
Bernama
20/12/2024
12:45 MYT
MCMC terbit Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk penyedia perkhidmatan pesanan internet, media sosial
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menerbitkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan perkhidmatan media sosial.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menerbitkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan perkhidmatan media sosial.
MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan kod tatalaku itu dibangunkan untuk menyokong kerangka kelesenan untuk penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan perkhidmatan media sosial.
Kod tatalaku itu menggariskan amalan terbaik untuk diterima pakai oleh penyedia perkhidmatan dalam menangani kandungan dalam talian yang memudaratkan dan keperluan tatalaku yang lain.
Menurut kenyataan itu, penerbitannya juga bertujuan memastikan penyedia perkhidmatan mengutamakan keselamatan dalam talian terutama untuk kanak-kanak dan golongan rentan.
MCMC akan memberikan panduan dalam penerapan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) ini untuk memastikan keberkesanannya bagi mengekalkan persekitaran dalam talian yang selamat.
Menurut MCMC, kod tatalaku berkenaan juga akan disemak dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk memastikan ia kekal relevan dan berkesan dalam menangani cabaran semasa.
Maklumat lanjut dan akses kepada Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) boleh diperoleh di https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/Resources/MCMC CO de-of-Conduct-Best-Practice-for-Service-Providers.pdf.
MCMC turut menghargai maklum balas yang diterima sepanjang proses rundingan awam berkenaan.
Maklum balas pihak awam membantu memastikan kod tatalaku itu mampu menangani cabaran yang sentiasa berkembang dalam persekitaran dalam talian sambil mewujudkan ruang lebih selamat serta terjamin untuk semua rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#Kod Tatalaku Amalan Terbaik
#media sosial
#penyedia perkhidmatan pesanan Internet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan