awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC terima 259 aduan individu menyamar pegawai dalam tempoh sebulan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
27/01/2024
03:50 MYT
MCMC terima 259 aduan individu menyamar pegawai dalam tempoh sebulan
MCMC mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawainya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima 259 aduan berhubung panggilan individu yang menyamar sebagai pegawainya, bermula 1 Januari hingga 25 Januari lalu.
Dalam satu kenyataan, MCMC berkata, modus operandi panggilan yang diterima bermatlamat memperdaya mangsa bagi tujuan tertentu.
"Pemanggil akan mengancam mangsa dengan menyatakan terdapat aduan terhadap talian digunakan mangsa dan mendakwa mangsa telah melakukan kesalahan.
"Sekiranya mangsa gagal mengikut arahan yang diberikan, talian tersebut akan disekat atau disenarai hitam," katanya pada Sabtu.
Sehubungan itu, MCMC mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawainya.
Kata agensi itu, sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai sesuatu urusan berkaitan dengan MCMC lazimnya dilakukan mengikut saluran rasmi seperti e-mel, laman sesawang atau platform media sosial milik MCMC.
"Pihak berkuasa termasuk MCMC tidak akan meminta butiran dan maklumat perbankan peribadi individu.
"Jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi kepada individu tidak dikenali dan jangan memindahkan wang kepada akaun yang diragui.
"Selain itu, orang ramai disarankan untuk membuat tetapan sekatan ke atas nombor telefon pemanggil atau mendapatkan perisian atau aplikasi bagi menyekat kemasukan panggilan atau SMS ke talian telefon yang dimiliki," ujarnya.
MCMC berkata, orang ramai juga digalakkan untuk menyalurkan maklumat dan mengemukakan aduan berhubung penipuan kepada pihak polis atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian Hotline 997, yang beroperasi dari 8:00 pagi hingga 8:00 malam untuk tindakan lanjut.
Dapatkan berita terkini mengenai penipuan di Malaysia di sini
Topic Berkaitan
#MCMC
#individu menyamar
#lubuk scam
#modus operandi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan