SEPANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah mengadakan perbincangan dengan Bank Rakyat serta Maybank untuk proses penyusunan atau penjadualan semula pembiayaan usahawan yang terjejas akibat COVID-19.
Menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar berkata cadangan bagi membantu usahawan untuk bangkit semula turut diutarakan beliau pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini.
"Ramai usahawan datang berjumpa saya dan maklumkan bahawa mereka tidak dapat membayar hutang pinjaman walaupun pihak bank menyediakan moratorium. Jadi saya sudah bincang dengan dua agensi perbankan ini untuk menyusun atau menjadualkan semula pembayaran pinjaman.
"Dengan cara ini, kita dapat bantu dan bagi peluang kepada mereka untuk bangkit semula lebih-lebih lagi apabila sempadan negara dibuka semula," katanya kepada Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini.
Susulan pembukaan semula sempadan yang berkuat kuasa semalam, Noh berkata pihaknya akan memberi tumpuan kepada usahawan terutama pengusaha industri pelancongan memandangkan pengembara antarabangsa kini dapat memasuki negara untuk tujuan pelancongan.
Beliau berkata ini termasuk pengendali perkhidmatan bas pelancongan dan pemilik inap desa.
"Bila sudah dua tahun tidak beroperasi, mereka perlukan masa untuk bayar semula pinjaman. Untuk bangkit semula, contohnya pemilik inap desa, mereka perlu baiki inap desa terbabit. Begitu juga dengan pengusaha bas pelancongan," katanya.
Noh juga berkata beliau yakin proses penyusunan atau penjadualan semula pembiayaan dapat membantu usahawan terbabit memulakan kembali perniagaan mereka sekali gus membayar balik pinjaman secara berjadual kelak.
Ditanya jumlah bantuan yang telah diagih oleh MEDAC, beliau berkata sehingga kini kementerian itu telah memperuntuk bantuan sebanyak RM50 juta kepada usahawan mikro terjejas banjir tahun lepas, RM100 juta untuk usahawan industri kecil dan sederhana serta RM200 juta menerusi Skim Pembiayaan Informal dan Mikro.
"Kita di MEDAC akan terus cakna dan prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi usahawan di negara ini kerana merekalah yang akan bantu rancakkan semula ekonomi negara selain meningkatkan pendapatan masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 02 2022
Noh berkata cadangan bagi membantu usahawan untuk bangkit semula turut diutarakan beliau pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini. - Gambar fail
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Peruntukan RM320 juta diperoleh Julai
Peruntukan RM320 juta yang diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tujuan penyelesaian jangka pendek isu masalah bekalan air di Sabah dijangka akan diperoleh pada Julai tahun ini.
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri
Kerajaan negeri menegaskan untuk tidak akan berkompromi terhadap isu tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini, seperti terkandung dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Pengasingan kuasa AG, Pendakwa Raya harap selesai tahun ini
Semua pihak mempunyai hak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah.
Keuntungan bersih Maxis meningkat kepada RM353 juta pada suku pertama 2024
Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat kepada RM353 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.
Tak perlu lagi redah perjalanan lebih sejam ke klinik
Penduduk Kampung Togop Darat 1 di Ranau, Sabah sebelum ini terpaksa membuat perjalanan lebih satu jam untuk ke pekan terdekat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Saya ingat orang buat cerita - Bapa
Pada awalnya Ahmad Said Md Piah, 65, menyangka berita mengenai
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia berada di landasan tepat bagi mengejar misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand apabila berjaya melangkah ke separuh akhir.
Medac bincang, bantu susun semula pembiayaan usahawan terjejas COVID-19
Tan Sri Noh Omar berkata cadangan bagi membantu usahawan untuk bangkit semula turut diutarakan beliau pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini.
Kerajaan negeri Johor peruntuk RM1.5 juta bantu koperasi kecil dan mikro
Ia susulan perkembangan dan pencapaian koperasi di negeri itu yang kekal relevan dan terus mendapat kepercayaan kerajaan negeri.
Medac agih geran RM50 juta bantu usahawan terkesan banjir
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) melalui Tekun Nasional telah mula mengagihkan geran berjumlah RM50 juta bagi membantu usahawan informal dan mikro yang terjejas akibat banjir.
Peruntukan kepada PKMS tidak bererti jika berhadapan birokrasi - Gapan
Peruntukan kepada sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana (PKMS) seperti yang diumum di dalam Bajet 2022 tidak membawa erti jika penyaluran bantuan tersebut lambat dan berhadapan birokrasi.
CBP bakal perkenal produk baharu perbankan runcit - Noh Omar
RM700 juta diperuntukkan bagi pembiayaan koperasi dan produk pembiayaan bagi sektor koperasi untuk meningkatkan portfolio kepada 30 peratus.
MEDAC sasar wujud 18,000 peluang kerja dalam francais menjelang 2025
MEDAC sasar wujud 18,000 peluang kerja dalam francais menjelang 2025 | Dagang News
Usahawan, koperasi terkesan akibat pandemik disasar carum Perkeso - Noh Omar
Lebih 190,000 usahawan dan koperasi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang terjejas akibat pandemik COVID-19 disasar untuk mendaftar dan mencarum dengan Perkeso.
Usahawan perlu pinjam daripada TEKUN Nasional, bukan along - Wan Junaidi
Beliau bimbang ramai usahawan dilaporkan mencari peminjam wang haram dan bukannya agensi kerajaan yang dilantik bagi mengekalkan perniagaan.
Kerajaan komited bantu ekonomi gerakkan koperasi - Mas Ermieyati
Pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi menunjukkan tindak balas responsif dalam menjamin kelangsungan ekonomi sektor koperasi khasnya dan negara amnya.
PKP: SKM terima 493 permohonan kebenaran beroperasi
Kata Ibrahim, SKM melalui Medac mendapatkan kelulusan daripada KKM dan MKN untuk membenarkan koperasi bersesuaian menjalankan aktiviti ekonomi semasa PKP.