awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanik maut, kereta terbabas masuk parit

Sinar Harian
Sinar Harian
21/02/2022
04:14 MYT
Mekanik maut, kereta terbabas masuk parit
Kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan dan masuk ke dalam parit. -Foto Sinar Harian
KUANTAN: Seorang mekanik maut selepas kereta jenis BMW yang dipandunya dipercayai terbabas di Jalan Kuantan-Maran berhampiran pusingan U Batu 3 Tanah Putih, jam 11.20 malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa, Mohd Khairol Aman Mohd Nasim, 32, dari Kampung Padang 1 di sini mengalami kecederaan parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu apabila kereta dipandu hilang kawalan ke bahu sebelah kiri jalan.
“Difahamkan, kenderaan yang dipandu mangsa masuk ke dalam parit. Akibat kemalangan itu kereta mangsa mengalami kerosakan teruk dan remuk pada keseluruhan bahagian badan kenderaan.
"Ketika kejadian keadaan jalan adalah rata dan lurus dengan sistem jalan satu hala tiga lorong serta mempunyai satu lorong susur.
"Keadaan cuaca juga baik dan permukaan jalan kering manakala tahap pencahayaan gelap waktu malam dengan pancaran lampu jalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Wan Mohd Zahari memaklumkan mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Katanya, mayat mangsa akan menjalani bedah siasat selepas keputusan ujian calitan COVID-19 diperoleh.
“Kes kemalangan tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mekanik maut
#kereta terbabas
#Jalan Kuantan-Maran
#Mohd Khairol Aman Mohd Nasim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan