awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanik maut motosikal langgar tiang lampu

Sinar Harian
Sinar Harian
25/11/2024
01:00 MYT
Mekanik maut motosikal langgar tiang lampu
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan. - Foto IPD Kluang
KLUANG: Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar tiang lampu di Kilometer 2.8, Jalan Kluang-Nyior di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan berkenaan pada jam 10.56 malam.
“Hasil siasatan awal di lokasi, kemalangan berlaku apabila mangsa berusia 18 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari Nyior menghala ke arah Kluang.
“Setibanya di lokasi, mangsa dipercayai hilang kawalan dan menyebabkannya melanggar tiang lampu di tepi jalan.
“Mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) bagi menerima rawatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Katanya, bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematiannya dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#motosikal
#hilang kawalan
#langgar tiang lampu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan