awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanik rugi hampir RM1 juta terperdaya pelaburan saham tidak wujud

Bernama
Bernama
20/12/2024
09:40 MYT
Mekanik rugi hampir RM1 juta terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Mangsa menyedari ditipu selepas diminta buat bayaran tambahan sebanyak RM400,000 lagi jika mahu mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan. - Gambar fail
SEREMBAN: Seorang mekanik kerugian hampir RM1 juta selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan saham tidak wujud yang dilihatnya melalui laman sosial Facebook pada 2 Sept lepas.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 57 tahun itu pada 12.06 tengah malam tadi.
Beliau berkata mangsa yang berminat untuk melabur telah dihubungi individu yang memperkenalkan diri sebagai wakil daripada pihak skim pelaburan terbabit.
"Mangsa telah diterangkan mengenai skim itu dan bersetuju untuk melabur. Dia kemudian memindahkan wang ke dalam 10 akaun yang diberikan untuk tujuan pelaburan saham melalui 14 transaksi dengan jumlah RM923,350," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Malik berkata mangsa menyedari ditipu selepas diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM400,000 lagi sekiranya mahu mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan.
Beliau berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Nilai telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang berusaha mengesan suspek terlibat.
"Orang awam diingatkan supaya membuat semakan dengan pihak berkuasa sebelum menyertai apa-apa pelaburan dan tidak memberikan maklumat bank kepada individu tidak dikenali," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#pelaburan tidak wujud
#mangsa kerugian
#sindiket penipuan
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan