awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka dilanda banjir, tiga PPS dibuka di dua daerah

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
01/03/2023
13:30 MYT
Melaka dilanda banjir, tiga PPS dibuka di dua daerah
Dua PPS yang mula diaktifkan di Jasin adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Asahan dan SK Chohong. - Foto Ihsan APM
AYER KEROH: Hujan berterusan menyebabkan tiga pusat pemindahan sementara terpaksa dibuka di dua daerah di Melaka.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, tiga PPS itu masing-masing melibatkan satu di Alor Gajah dan dua di Jasin.
"Bagi daerah Alor Gajah, satu PPS diaktifkan di Balai Raya Bukit Tambun yang melibatkan empat mangsa daripada dua keluarga.
"Setakat malam ini tiga kawasan yang terjejas di daerah itu adalah di Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai dan Kampung Gadek," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
BACA: Banjir Johor: Chaah jadi 'pulau', cabaran bomba selamatkan mangsa terputus hubungan
Dalam pada itu, Kamarulsyah yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka berkata, dua PPS yang mula diaktifkan di Jasin adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Asahan dan SK Chohong.
"Tiga kawasan terjejas di Jasin setakat malam ini iaitu di Sungai Dua Asahan, Kampung Pondok Batang dan Kampung Bukit Asahan
"Seramai 18 mangsa telah ditempatkan di SK Asahan manakala PPS di SK Chohong baru dibuka dan proses pemindahan sedang dijalankan," katanya.
Topic Berkaitan
#PPS
#banjir
#APM
#Jasin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan