awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka jadi perintis pasarkan produk ahli LPP di stesen Petronas

Bernama
Bernama
31/08/2025
01:00 MYT
Melaka jadi perintis pasarkan produk ahli LPP di stesen Petronas
Pada Sabtu, telah berlangsung Majlis Perasmian Program Peluncuran Pemasaran Produk Peladang bersama Rakan Niaga Petronas di Stesen Petronas Lebuh AMJ, Semabok, Melaka. - Facebook Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia
MELAKA: Melaka muncul sebagai negeri perintis dalam usaha memasarkan produk segar keluaran ahli Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) secara terus kepada pengguna melalui stesen minyak Petronas terpilih.
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunannya Mohd Fauzi Badron berkata inisiatif hasil kerjasama dengan rakan niaga Petronas itu bermula di lapan stesen minyak di sekitar Melaka sejak 15 Julai lepas dan bakal diperluas hingga 32 stesen yang terdapat di seluruh negeri dalam tempoh dua tahun.
"Melaka dipilih sebagai projek perintis kerana negeri ini mempunyai kesepakatan antara Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan sokongan rakan niaga Petronas pada peringkat negeri.
"Setakat ini, hasil kajian awal dan penerimaan petani serta pengguna menunjukkan impak positif. Insya-Allah, selagi Petronas ada, program ini akan terus berdaya maju, malah jika model ini berjaya ia akan dikembangkan ke negeri-negeri lain bermula dengan wilayah selatan," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program Peluncuran Pemasaran Produk Peladang Bersama Rakan Niaga Petronas di Semabok di sini.
Beliau berkata melalui program berkenaan produk segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging ayam dan kambing yang diusahakan ahli Peladang akan dijual pada harga berpatutan kerana ia dipasarkan tanpa melalui orang tengah.
"Selain memberi peluang pasaran baharu, inisiatif itu diharap akan membantu meningkatkan keuntungan PPK sekali gus membolehkan lebihan manfaat dipulangkan semula kepada ahli.
"Walaupun keuntungan tidak besar, apa yang lebih penting usaha ini akan memberi nilai tambah kepada petani dalam aspek memasarkan hasil dan dalam masa yang sama memudahkan pengguna.
"Konsepnya mudah, iaitu sambil isi minyak sambil membeli barangan segar terus dari ladang, malah bagi memastikan bekalan sentiasa segar, produk yang tidak habis dijual dalam tempoh tujuh hari akan diganti dengan hasil baharu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#Lembaga Pertubuhan Peladang
#produk ahli LPP
#stesen minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan