NATIONAL
Melaka permudah urusan poligami

Orang ramai tidak dibenarkan untuk bernikah secara sindiket kerana ia akan memberi masalah kepada mereka pada masa hadapan. - Gambar hiasan
MELAKA: Kerajaan Melaka mempermudah urusan bagi orang Islam yang ingin berpoligami, apabila tempoh kelulusan untuk tujuan tersebut dipendekkan kepada 21 hari.
Ringkasan AI
- Kerajaan Melaka mempermudah urusan poligami bagi orang Islam dengan memendekkan tempoh kelulusan kepada 21 hari, jika semua syarat dipenuhi.
- Pembaharuan ini dilakukan dengan kerjasama Mahkamah Syariah Melaka, mengurangkan tempoh kelulusan yang sebelumnya mengambil masa berbulan-bulan.
- Kerajaan Melaka menegaskan bahawa pernikahan secara sindiket tidak dibenarkan kerana ia memberi masalah kepada anak-anak yang tidak dapat dibinkan dengan nama bapa, menyukarkan mereka untuk bersekolah dan bekerja.
"Kalau dulu sampai berbulan-bulan, tapi sekarang kita dah buat penambahbaikan (apabila permohonan boleh diluluskan) dalam tempoh 21 hari, dengan syarat dokumen lengkap," katanya kepada pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini hari ini.
Dalam pada itu, Rahmad berkata orang ramai tidak dibenarkan untuk bernikah secara sindiket kerana ia akan memberi masalah kepada mereka pada masa hadapan.
Beliau berkata pernikahan secara sindiket amat sukar untuk didaftarkan dan memberi impak kepada anak-anak apabila tidak dapat dibinkan dengan nama bapa.
"Akhirnya anak-anak ini akan susah untuk bersekolah dan juga bekerja pada masa akan datang... jadi janganlah sama sekali nikah secara sindiket," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami