awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka terima 386 permohonan inisiatif pendapatan rakyat

Bernama
Bernama
02/08/2023
00:45 MYT
Melaka terima 386 permohonan inisiatif pendapatan rakyat
Permohonan itu melibatkan Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN). - Gambar hiasan
MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka menerima sebanyak 386 permohonan bagi tiga kategori Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) daripada mereka yang ingin menambah pendapatan keluarga membabitkan golongan miskin tegar dan B40.
Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, permohonan itu melibatkan Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).
"Bagi Alor Gajah sebanyak 94 permohonan diterima dengan 24 daripada kategori INTAN, 48 (INSAN) dan 22 (IKHSAN) sementara Jasin pula membabitkan 81 permohonan iaitu 33 (INTAN), 30 (INSAN) dan 18 (IKSHAN).
"Melaka Tengah menerima 211 permohonan dengan 53 (INTAN), 104 (INSAN) dan 54 (IKHSAN)," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Datuk Zaidi Attan (BN-Serkam) tentang jumlah permohonan bagi inisiatif IPR yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Menjawab soalan Zahari Abd Khalil (BN-Durian Tunggal) berkaitan jumlah terkini miskin tegar di Melaka, Kalsom menjelaskan, terdapat 1,457 orang dikategorikan dalam kumpulan itu setakat 21 Julai lepas.
Katanya, sebanyak 581 orang miskin tegar direkodkan di Melaka Tengah, Alor Gajah (460 orang) dan Jasin (416 orang).
"Kita sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan jumlah miskin tegar ini memandangkan ia selaras dengan hasrat Perdana Menteri agar jumlah tersebut segera ditangani.
"Antara langkah adalah dengan melantik Perbadanan Melaka Holdings (PMH) untuk menyediakan pekerjaaan kepada golongan ini agar mereka dapat menjana pendapatan sekali gus dapat keluar daripada garisan miskin tegar itu," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Inisiatif Pendapatan Rakyat
#intan
#Kalsom Noordin
#bantuan B40
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan