awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kemajuan teknologi mampu tangani ancaman deepfake - Abang Johari
MALAYSIA
Bom lama 250 kilogram ditemui di tapak perumahan Bukit Goh
MALAYSIA
Polis tahan lima individu termasuk wanita asing, rampas dadah bernilai hampir RM3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Melaka tidak benar solat tarawih berjemaah di masjid, surau

Bernama
Bernama
23/04/2020
22:16 MYT
Melaka tidak benar solat tarawih berjemaah di masjid, surau
Badrol Hisham Zaki (tengah) bersama keluarganya menunaikan solat sunat tarawih di rumah, diimamkan anaknya Ahmad Haziq, susulan PKP bagi membendung penularan COVID-19 ketika tinjauan di Taman Alamanda 3, Kuala Terengganu, malam tadi. --fotoBERNAMA
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) memutuskan solat tarawih berjemaah di masjid dan surau tidak dibenarkan dan premis berkenaan hendaklah ditutup sepenuhnya selepas waktu isyak, kata Pengarahnya Datuk Md Azhan Samat.
Beliau berkata ketetapan lain dalam garis panduan sepanjang bulan Ramadan bagi mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu ialah menangguhkan tadarus al-Quran, qiamullail, majlis berbuka puasa, khatam al-Quran, tahlil dan kenduri arwah, program memasak dan agihan bubur lambuk di masjid.
"Program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan, masjid dan surau juga hendaklah ditangguhkan dan surau ditutup sepenuhnya sepanjang tempoh PKP.
"Pegawai yang bertugas untuk melaungkan azan Maghrib dan Isyak di masjid dan Surau Jumaat (surau yang melaksanakan solat Jumaat) hendaklah menunaikan solat tarawih di rumah masing-masing," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Md Azhan berkata sebarang aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKP yang melibatkan perhimpunan atau kehadiran ramai orang di masjid atau di surau adalah dilarang melainkan mendapat kebenaran atau arahan daripada JAIM.
BACA: Kedah benarkan solat jemaah di masjid namun terhad kepada 3 orang
BACA: Normal Baharu: Umat Islam disaran biasakan Ramadan tanpa solat Tarawih di masjid
BACA: Raja Salman benarkan solat tarawih di dua masjid suci
BACA: Normal baharu: Negeri Sembilan tidak benarkan solat sunat tarawih di surau dan masjid
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#duduk rumah
#Islam
#Jabatan Agama Islam Melaka
#jemaah
#masjid
#Md Azhan Samat
#Melaka
#PKP
#puasa
#Ramadan
#solat
#surau
#tangguh
#tarawih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami