Penguasaan politik bangsa Melayu dilihat lemah disebabkan perpecahan yang berlaku di dalam kalangan bangsa tersebut, memaksa pemimpin Melayu terpaksa ‘mengemis’ sokongan daripada kaum lain untuk mengekalkan kuasa.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perpecahan berlaku berpunca daripada perbezaan fahaman serta ketaksuban sesetengah kelompok terhadap seseorang pemimpin tanpa memikirkan kesannya kepada bangsa dan negara.
"Kita menjadi lemah tetapi masih majoriti, bagaimanapun kita tidak begitu bijak. Populasi kita 60 peratus ini sepatutnya boleh menang dalam setiap pilihanraya, tetapi kita berpecah sesama kita.
"Kuasa politik kita bergantung kepada bantuan orang lain, bermakna kita sebenarnya tidak lagi berkuasa.
"Walaupun Malaysia kini mencapai status negara membangun, ia tidak bermakna kita turut membangun bersama. Bangsa Melayu masih ketinggalan berbanding bangsa lain, terutamanya dalam penguasaan ekonomi," katanya semasa menyampaikan ucaptama Program Konvensyen Kepimpinan Melayu Muda (NUSA 14) di Akademi Kenegaraan Biro Tata Negara di sini hari ini.
Ketika ini, penguasaan orang Melayu dalam ekonomi hanya berada pada tahap 20 peratus sahaja walaupun lebih setengah daripada populasi penduduk negara ini berbangsa Melayu.
Ia dilihat berada jauh sama sekali jika dibanding dengan penguasaan ekonomi kaum Cina, iaitu sekitar 60 peratus walaupun populasi mereka tidak melebihi 25 peratus.
Untuk mengubah senario tersebut, Dr Mahathir menegaskan, orang Melayu terlebih dahulu perlu belajar dari sejarah dan mengambil iktibar daripada peristiwa yang telah berlaku.
"Kita pernah menjadi satu bangsa agung satu ketika dahulu. Bagaimanapun disebabkan wujud pengkhianat dalam kalangan kita, kita hancur lalu dijajah selama beratus tahun.
"Tanpa penyatuan orang Melayu ketika zaman pemerintahan British dahulu, kita tidak mungkin dapat menghalang penubuhan Malayan Union seterusnya memperoleh kemerdekaan negara," jelasnya.
Selain itu katanya, orang Melayu sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan beragama Islam yang mengajar nilai murni menerusi Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.
"Bagaimanapun apa yang memalukan, orang Islam sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam sebaiknya dan memahami isi Al-Quran yang diturunkan sebagai panduan umat manusia. Kita terlalu asyik menghafal Al-Quran, tetapi mengabaikan penguasaan ilmu, terutamanya sains dan matematik sepertimana yang disaran dalam kitab tersebut.
"Kita tidak mengkaji Al-Quran untuk mencari ilmu membina senjata yang dapat mempertahankan agama, bangsa dan negara daripada musuh. Kita lebih taksub kepada puak dan mengikut pemimpin secara membuta berbanding ajaran Islam yang kita akui sebagai agama yang murni," katanya.
Jelas Dr. Mahathir lagi, sekiranya orang Melayu berpegang teguh kepada ajaran Islam dan budaya bangsanya, tidak mustahil segala yang diimpikan akan tercapai.
Katanya kejayaan bukan bergantung kepada warga kulit, tempat tinggal dan iklim setempat, tetapi usaha berterusan serta amalan budaya tinggi.
"Orang Melayu perlu memperkasa budaya dan nilai hidup yang murni serta mengenal pasti kelemahan dan memperbaikinya jika ingin berjaya. Kalau kita tidak kenal pasti kelemahan diri, kita akan khayal." ujarnya.
Israr Khalid
Sat Dec 20 2014

TUN M: Melayu perlu mengemis untuk kekal berkuasa - Gambar Bernama

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

MCA dakwa ada parti dalam PH cuba gunakan media beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa terdapat usaha daripada beberapa parti dalam PH yang menggunakan media bagi memberi tekanan kepada MCA supaya keluar daripada BN.

Polis minta henti spekulasi berhubung jenazah warga emas dipercayai mualaf
Polis menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak sahih.

Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.

Anak angkat sejak bayi, hubungan dengan keluarga asal lain agama tetap erat
Ini adalah kali kedua dia datang ke Tanah Suci di mana sebelum ini dia dan suami menunaikan umrah.

Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.

Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Tahun Naga 2024: Mereka yang dilahirkan pada tahun babi paling bertuah tahun ini!
Menurut Pakar Feng Shui, Kenny Hoo, tahun naga dengan elemen kayu pada tahun ini turut membawa tuah dan peluang luar biasa khususnya bagi mereka yang dilahirkan dalam tahun babi.

Sekolah vernakular kini medium perpaduan, bukan lagi pemisahan - Menteri Perpaduan
Sekolah vernakular dilihat memberi manfaat khususnya kepada orang Melayu dan Bumiputera yang kini semakin ramai boleh berbahasa Mandarin dan Tamil.

Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa, soal Sanusi
Katanya, parti politik seperti Pas dan Bersatu adalah parti orang Melayu, maka pastinya isu sebegitu menjadi topik perbincangan.

Perpecahan undi Melayu semakin ketara - Khairy
Menurutnya, situasi itu berbeza dengan undi orang Cina yang dilihat lebih memihak kepada satu parti.