awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Memburu Datuk Stephen Lee: Polis Sarawak minta bantuan Interpol

Bernama
Bernama
11/08/2016
05:14 MYT
Memburu Datuk Stephen Lee: Polis Sarawak minta bantuan Interpol
Bill Kayong ditembak mati dalam kenderaannya di persimpangan jalan di Lutong pada 21 Jun lepas.
Polis Sarawak telah meminta bantuan Interpol bagi memburu individu yang disifatkan sebagai perancang utama kes pembunuhan Setiausaha PKR Cabang Miri, Bill Kayong pada Jun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar berkata hasil siasatan mendapati perancang tersebut yang dikenali sebagai Datuk Stephen Lee Chee Kiang, 45, dari Tanjong Lobang, Miri telah melarikan diri ke Singapura pada 23 Jun lalu.
MESTI BACA: Polis guna perintah rasmi bawa pulang suspek berpangkat 'Datuk'
"Lee kemudian berlepas ke Melbourne, Australia pada 3 Julai dari Singapura.
Lokasi terkini Lee masih belum diketahui dan pasukan petugas menyiasat kes ini memohon bantuan Interpol bagi mengesannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kayong, 43, ditembak mati dalam kenderaannya di persimpangan jalan di Lutong kira-kira 8.20 pagi pada 21 Jun lepas.
Namun Dev berkata polis Sarawak masih belum menerima jawapan Interpol.
Selain Lee, dua lagi rakannya iaitu pemilik KTV Lounge, Kong Sien Ming, 35, dan Chin Wui Chung @Ah Chung, 50 yang juga pembantu peribadi Lee turut diburu.
"Kita yakin kedua-duanya (Kong dan Chin) masih berada dalam negara," kata Dev sambil menambah waran ditangkap terhadap ketiga-tiga individu berkenaan telah dikeluarkan Mahkamah Majistret Miri pada 9 Julai lalu.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga suspek untuk memaklumkan kepada polis supaya mereka dapat dihadapkan ke mahkamah dengan segera.
Gambar serta alamat ketiga-tiganya diedarkan kepada media hari ini untuk membantu orang ramai mengecam wajah individu yang diburu tersebut.
Ketiga-tiga individu tersebut telah dituduh bersama Lie Chang Loon, 37, dan Mohamad Fitri Fauzi, 29.
Mereka dituduh di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama pada 15 Julai lalu di Mahkamah Majistret Miri.
Pada tarikh dan tempat yang sama, Mohamad Fitri turut didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Kayong.
Topic Berkaitan
#Bill Kayong
#bunuh
#PKR
#stephen lee
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan