awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mendiang Kok Chi lambang pelbagai aspek positif sukan - KP MSN

Bernama
Bernama
20/07/2022
06:46 MYT
Mendiang Kok Chi lambang pelbagai aspek positif sukan - KP MSN
Ahmad Shapawi berkata, Kok Chi telah mencurah bakti kepada sukan negara sebagai atlet, pentadbir dan pemimpin sukan untuk tempoh hampir enam dekad. - Bernama
KUALA LUMPUR: Mendiang Datuk Sieh Kok Chi adalah lambang kepada pelbagai aspek positif dalam sukan, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Beliau berkata ia dibuktikan daripada semangat kesukarelawan jitu ditonjolkannya selain kegigihan membantu Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) memperkukuh sistem tadbir urus efektif dan inisiatif yang mencetuskan pelbagai bentuk pengiktirafan kepada warga sukan negara.
"Berita pemergian bekas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), mendiang Datuk Sieh Kok Chi adalah sesuatu yang amat menyedihkan kerana jasa dan sumbangan mendiang amat besar kepada arena sukan negara.
"Mendiang yang meninggalkan kita pada usia 83 tahun telah mencurahkan bakti kepada sukan negara sebagai atlet, pentadbir dan pemimpin sukan untuk tempoh hampir enam dekad," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata mendiang sentiasa memberikan pandangan dan nasihat kepadanya walaupun keadaan tidak begitu sihat ketika kali terakhir bertemu dalam satu majlis meraikan mendiang bersama Persatuan Kriket Melayu Malaysia, pada Mei lepas.
"Mendiang telah meninggalkan ruang besar dalam arena sukan negara yang akan sukar diisi oleh generasi pentadbir sukan ketika ini. Ia satu kehilangan besar dan saya mewakili seluruh warga MSN menghulur ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang," katanya.
Kok Chi meninggal dunia pada Sabtu lepas pada usia 83 tahun.
Penerima Anugerah Tokoh Sukan 2019/2020 itu menawarkan perkhidmatan secara sukarela kepada MOM sejak 1974, dan mendiang pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatankuasa dan pasukan petugas badan induk itu sebelum dipilih sebagai Setiausaha Kehormat pada 1992.
Mendiang juga menumpukan kerjayanya kepada MOM tanpa apa-apa imbuhan sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha Kehormat dari 1992 hingga 2013 dan Setiausaha Agung (2013-2015) serta Penolong Setiausaha Agung (2015-2018) badan induk sukan itu.
Menurut pengumuman yang dikongsikan adik-beradik mendiang semalam, upacara memberi penghormatan terakhir akan diadakan selama dua hari mulai esok di Nirvana Centre Kuala Lumpur.
Pengumuman itu menyebut upacara pengebumian akan berlangsung pada 10 pagi Jumaat ini dan jasad mendiang akan diarak ke Nirvana Crematorium Shah Alam untuk upacara pembakaran mayat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sieh Kok Chi
#sukan
#MSN
#Ahmad Shapawi Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan