REMBAU: Tindakan remaja perempuan berusia 17 tahun mengadu kepada teman wanita bapanya yang dia dirogol lelaki tersebut merupakan faktor dia dipukul teruk oleh suspek.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik itu memberitahu telah dirogol suspek yang juga bapa kandungnya tahun lalu.
"Pada 12 November 2022, jam lebih kurang 2 petang, suspek telah masuk ke dalam bilik mangsa dan ketika itu hanya mereka saja yang berada di rumah.
"Suspek yang hanya memakai seluar dalam terus meluru ke arah mangsa serta menolaknya ke atas katil," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, mangsa cuba menjerit, namun suspek bertindak menutup mulutnya dengan tangan lalu merogolnya.
Ujarnya, suspek turut memberi amaran kepada mangsa supaya tidak memberitahu perkara tersebut kepada sesiapa.
"Bagaimanapun pada Selasa lalu (23 Januari) jam lebih kurang 10.45 malam telah berlaku pergaduhan di antara mangsa dengan suspek.
"Suspek yang dalam keadaan mabuk telah bertindak memukul mangsa menggunakan tangan serta beberapa alatan seperti kerusi plastik, bakul kain plastik dan meja seterika," katanya.
Hazri berkata, siasatan mendapati, suspek dan ibu kandung mangsa telah bercerai semasa mangsa berusia empat tahun.
Jelasnya, sejak itu dia tinggal bersama neneknya di Rantau, namun hanya tinggal dengan suspek sejak Jun 2023.
"Mangsa telah tinggal di rumah pekerja disediakan majikan suspek di Kampung Kendong Baru, Kota dan turut tinggal di situ iaitu teman wanita suspek berusia 44 tahun.
"Mangsa juga bersekolah di sebuah sekolah di Tampin dan bekerja sambilan sebagai pelayan kedai makan di medan selera di Tampin setelah selesai waktu persekolahan sejak awal tahun ini," katanya.
Selain itu katanya, hasil pemeriksaan ke atas mangsa yang dijalankan di Hospital Tampin mendapati, terdapat kesan koyakan lama pada kemaluannya.
Hazri berkata, teman wanita suspek telah pun hadir ke Balai Polis Kota tengah hari pada Rabu untuk memberi keterangan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman untuk kelakuan sumbang mahram akan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun, dan juga akan dihukum dengan sebatan," katanya.
Sebelum ini media melaporkan, mangsa luka di bahagian kiri kepala dan menerima 12 jahitan selain turut luka di bahagian tangan kanan dan lebam di bahu kanan akibat dipukul bapa kandungnya.
BACA: Bapa tendang, hentak anak dengan besi papan seterika
Berdasarkan keterangan mangsa, dia telah ditendang pada bahagian perut dan senjata digunakan ialah kerusi, raga menyimpan pakaian dan besi papan seterika.
Teman lelaki mangsa telah melaporkan kejadian itu kepada polis dan ekoran itu suspek berusia 47 tahun telah ditahan di hadapan rumahnya dalam keadaan mabuk dan telah dibawa ke Balai Polis Kota untuk tindakan lanjut. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 25 2024
Rakaman kejadian mangsa dipukul oleh suspek yang merupakan bapa kandungnya sendiri. -Foto Sinar Harian
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Boss Mario ditemui selamat di wad hospital, akui tertekan fikir bonus pekerja
Penemuan pempengaruh itu disedari abangnya Yew Boon Teck, 31, selepas mengesan adiknya membuat tempahan perkhidmatan e-hailing ke pusat perubatan itu hari ini.
Mengadu dirogol bapa kandung punca remaja perempuan dipukul teruk
Mengadu dirogol bapa punca remaja perempuan dipukul teruk
Pondok kecil 'mahligai' dua beranak berteduh
Dia sangat berharap agar ada mana-mana pihak dapat membantunya membina rumah yang lebih selesa.
Kepala budak tersepit pada jeriji pintu rumah pengasuh
Mangsa yang tinggal sementara di rumah pengasuh dikatakan bermain dan memanjat jeriji berkenaan.
'Tinggal kami 8 beradik' - Dalam 3 hari yatim piatu setelah ibu ayah pergi akibat COVID
Bapanya meninggal pada hari Jumaat lalu (16 Julai) dan dua hari kemudian pada hari Ahad (18 Julai), ibunya pula meninggal dunia akibat COVID-19.
Penumpang tren bawah tanah harung banjir dalam gerabak
Difahamkan banjir turut menyebabkan laluan tren bawah tanah tergendala dan penumpang terpaksa mengharungi air setinggi paras pinggang di dalam gerabak.
MAIK turun padang bantu keluarga tinggal di teratak buluh
MAIK bersetuju untuk membina sebuah rumah empat bilik kepada keluarga Siti Aminah Mamat dan Abdul Aziz Mohamed.
COVID-19: Dua minggu kritikal untuk Indonesia
Dalam dua minggu akan datang, kes boleh terus meningkat di sebalik pelaksanaan ketat di pulau Jawa dan Bali.
Penting miliki pendekatan praktikal, fleksibel dalam memerangi COVID-19 - Azmin Ali
Kerajaan mesti memanfaatkan waktu tambahan 'lockdown' dengan melakukan semua yang mampu untuk meningkatkan kemampuan mereka - WHO
Kehidupan sukar tapi bukan mahu simpati - Bekas bintang Selangor
Duda berusia 56 tahun itu berkongsi antara ikhtiar hidup yang dilakukan selepas terkesan impak pandemik COVID-19.