awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengaku guna dokumen palsu, pegawai Yayasan Perak didenda RM17,000

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/11/2022
03:40 MYT
Mengaku guna dokumen palsu, pegawai Yayasan Perak didenda RM17,000
Mengikut kertas pertuduhan, Abdul Malek didakwa dengan curang menggunakan sebagai tulen satu dokumen sebut harga bertarikh 2 Ogos 2018 berjumlah RM63,650 untuk melaksanakan pembekalan pakej pakaian sukan, yang diketahuinya adalah satu dokumen palsu.
IPOH: Seorang pegawai Yayasan Perak didenda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu untuk pembekalan pakej pakaian sukan empat tahun lalu.
Penolong Pegawai Pentadbiran, Abdul Malek Mansor, 50 tahun, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan curang menggunakan sebagai tulen satu dokumen sebut harga bertarikh 2 Ogos 2018 berjumlah RM63,650 untuk melaksanakan pembekalan pakej pakaian sukan sempena Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri ke-19, yang diketahuinya adalah satu dokumen palsu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Yayasan Perak, Ipoh pada 2 Ogos 2018.
Dia dituduh di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tertuduh yang ditangkap pada 26 Januari lalu, kemudiannya membayar denda.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen Ipoh
#dokumen palsu
#Yayasan Perak
#pakej pakaian sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan