awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gagal raih Hadiah Nobel, tidak perlu fikir soal keamanan, kata Trump kepada PM Norway
PM Anwar terima kunjungan hormat Presiden Majlis Senator Malaysia
6 maut, 84 cedera dalam letupan kilang besi di Inner Mongolia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengejek punca pelajar tahfiz disimbah air panas - Polis

Hilmi Malik
Hilmi Malik
18/10/2019
10:12 MYT
Mengejek punca pelajar tahfiz disimbah air panas - Polis
Pihak tahfiz sudah memaklumkan kepada keluarga mangsa mengenai kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 pagi sebelum mangsa dikejarkan ke hospital. - Foto Sinar Harian
Kecederaan seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berusia 13 tahun di sini adalah akibat disimbah air panas sewaktu sedang tidur dan bukannya dibuli seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, serangan berpunca daripada pertengkaran dan ejek-mengejek antara mangsa dan seorang lagi pelajar berusia 12 tahun dua hari lalu.
Polis juga katanya telah melengkapkan siasatan mereka dan akan merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya.
“Pihak polis sudah selesai menjalankan siasatan dan sekarang ini polis serah pada pihak mahkamah untuk tentukan tindakan seterusnya.
“Kes ini tidak boleh diklasifikasi sebagai buli kerana mangsa diserang ketika sedang tidur," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Mangsa dikatakan disimbah air panas sekitar jam 4 pagi oleh pelajar berusia 12 tahun itu.
Dia kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur dan dilaporkan mengalami kecederaan hampir 13 peratus di bahagian badan.
Rajab berkata, pihak tahfiz juga telah memaklumkan perkara berkenaan terhadap keluarga mangsa.
"Bapa mangsa telah buat laporan polis pada hari kejadian dan polis telah menahan pelajar terbabit dengan ditemani bapanya untuk direkod keterangan.
"Bagaimanapun pelajar itu telah dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan pihak Timbalan Pendakwa Raya," katanya lagi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#buli
#ejek mengejek
#Kuala Lumpur
#mangsa
#pelajar
#Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
#simbah air panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan