awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Pemergian Pak Lah kehilangan besar buat Sarawak- TPM Fadillah

Faida Rahim
Faida Rahim
15/04/2025
08:06 MYT
Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Pemergian Pak Lah kehilangan besar buat Sarawak- TPM Fadillah
Fadillah berkata Allahyarham Abdullah banyak menyumbang secara signifikan kepada pembangunan negeri itu. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai satu kehilangan besar kepada negeri Sarawak.
Bercakap kepada media selepas Istiadat Pengebumian Negara, Fadillah berkata Abdullah banyak menyumbang secara signifikan kepada pembangunan negeri itu.
Antara kejayaan di bawah pimpinan beliau yang paling diingati adalah penubuhan Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE), yang kini terbukti berjaya memacu pembangunan ekonomi negeri.
“Ia satu kehilangan besar bagi kita. Allahyarham seorang pemimpin yang membawa banyak jasa kepada negeri dan negara.
“Saya dan juga mewakili Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta seluruh rakyat Sarawak, kami merakamkan ucapan takziah kepada Tun Jeanne Abdullah dan seluruh keluarga Allahyarham,” katanya.
Mengulas lanjut Istiadat Pengebumian hari ini, Fadillah berkata istiadat berjalan lancar dan merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menguruskan istiadat itu pada hari ini.
“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua pihak termasuk pasukan keselamatan, pengurusan Masjid Negara, bahagian protokol dan semua yang terlibat hari ini,” katanya.
Abdullah atau mesra dikenali sebagai Pak Lah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7.10 malam semalam dan telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara selepas Zohor.
Topic Berkaitan
#Abdullah Ahmad Badawi
#Fadillah Yusof
#Sarawak
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan