PUTRAJAYA: Mengiklan makanan halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti Bufet, Iftar dan Set Ramadan tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata sehubungan itu, pihak yang berhasrat menyediakan perkhidmatan juadah sempena Ramadan akan datang adalah disarankan supaya memiliki SHPM.
Beliau berkata pengusaha yang merancang menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan namun masih belum mempunyai SPHM dinasihat untuk membuat permohonan secepat mungkin sama ada di Jakim atau jabatan mahupun Majlis Agama Islam negeri.
"Jakim bersedia untuk membantu pengusaha bagi mendapatkan SPHM," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Bahagian Pengurusan Halal JAKIM di talian 03-8892 5000 atau e-mel kepada [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2024
Pengusaha yang merancang menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan namun masih belum mempunyai SPHM dinasihat untuk membuat permohonan secepat mungkin. - Sekadar gambar hiasan/Sinar Harian
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
PM diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
AWANI 7:45 [17/05/2024] - Dua anggota polis mati ditembak | Keluarga lebih efektif | Ekonomi global tidak menentu
Tujuh individu direman esok, tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
Jemaah haji diingatkan tidak terlibat aktiviti politik
Selain nasihat berwaspada dengan cuaca panas, bakal haji yang berada di tanah suci dingatkan hanya tumpukan kepada ibadah sahaja dan elak daripada terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan politik
50 pelajar SK Zainab (1) pamer bakat dalam sukan badminton
Kota Bharu, Kelantan menjadi destinasi pilihan seterusnya buat Kem Badminton Astro mencari bakat baru. Seramai 50 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Zainab (1) dari darjah empat hingga enam hadir ke Dewan Badminton Tengku Anis, mempamerkan bakat dan kebolehan mereka di atas gelanggang.
The Experts, saji pengalaman rompakan berkeluarga terbesar
Filem The Experts mempertaruhkan jalan cerita yang diinspirasikan kejadian sebenar dan dipadatkan dengan elemen komedi, keluarga dan aksi.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Bom petrol di pusat hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu akan direman esok
Tujuh individu yang ditahan awal pagi tadi kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok bagi mendapatkan perintah reman.
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Kilang pau terkemuka diserbu, sijil halal tamat tempoh sejak dua tahun lalu
KPDN telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang dipercayai pemilik kilang serta merakam keterangan.
Ukraine sasar hubungan dagang lebih kukuh dengan Malaysia
Terdapat potensi besar kerjasama kedua-dua pihak terutama dalam industri pertanian dan agromakanan, AI dan teknologi sistem keselamatan.
Mengiklan makanan halal tanpa miliki sijil adalah satu kesalahan - Jakim
Mengiklan makanan halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti Bufet, Iftar dan Set Ramadan tanpa memiliki sijil halal adalah satu kesalahan.
Permohonan sijil halal meningkat kepada 15,605 pada 2023
Daripada 15,605 permohonan yang diterima, sebanyak 8,509 permohonan diluluskan melibatkan 132,106 produk dipersijilkan halal.
Restoran tular di Teluk Intan tiada sijil halal - JAIPk
Hasil semakan oleh Bahagian Pengurusan Halal JAIPk mendapati restoran itu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.
Daging, tulang lembu dari Australia dirampas
Maqis Selangor merampas daging dan tulang lembu sejuk beku di kargo KLIA, Sepang kerana mengemukakan sijil halal mengelirukan.
‘Tiada halangan premis SPHM tulis ucapan perayaan pada kek’- Jakim
Jakim tidak menghalang mana-mana premis perniagaan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada menulis sebarang ucapan perayaan pada kek atau seumpamanya.
Kaedah pendekkan tempoh proses sijil halal Jakim sedang dikenal pasti
Kajian terperinci dilakukan untuk memastikan kaedah implementasi sesuai dilaksana bermula dari prapensijilan sehingga pasca pensijilan.
Keputusan permohonan sijil halal wajib diberi dalam tempoh 30 hari bekerja - Ahmad Zahid
Keputusan bagi setiap permohonan untuk mendapatkan sijil halal, wajib diberikan dalam tempoh 30 hari bekerja dan tiada alasan untuk ia dilewatkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zah
Jakim garis strategi pastikan pensijilan halal Malaysia kekal relevan
Jakim akan pastikan penyeragaman piawaian halal merentasi negara dan industri serta ketelusan dan kebolehkesanan menggunakan teknologi seperti rantaian blok.