Berita yang menggemparkan satu ketika dahulu boleh dilupakan dalam sekelip mata dan tidak akan diingati pada keesokan harinya.
Oleh yang demikian, satu program baru diperkenalkan oleh Astro AWANI yang akan membawakan satu siri dokumentari terbaru 'First Page'.
Menerusi program ini, kita akan mengimbas berita lama yang satu ketika dahulu mendapat perhatian hangat baik di media cetak mahu pun di kaca televisyen, malangnya kini semakin dilupakan.
Walaupun sesebuah cerita tidak mendapat liputan media tidak bermakna mereka yang terlibat (mangsa) tidak meneruskan kehidupan harian mereka.
Rancangan ini adalah mengenai cerita-cerita lama dan tajuk utama yang pernah dijadikan umpan pembaca dan penonton dan melihatnya berdasarkan perspektif hari ini.
Mula ditayangkan pada Isnin, 13 Mei 2013 pada pukul 8:30 malam di Astro AWANI, dua episod pertama akan mengimbas tragedi buruk yang pernah berlaku di Malaysia, Tragedi Highland Tower.
Pada 11 Disember 1993, kejadian tanah runtuh yang berlaku di sekitar bangunan kediaman itu telah menyebabkan kondominium Highland Towers yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh.
Ia merupakan satu tragedi yang tidak pernah berlaku di negara ini. Para pekerja penyelamat dan pihak berkuasa bergegas ke lokasi kejadian dan panik untuk melaksanakan apa yang sepatutnya perlu dilakukan.
Tragedi yang meragut 48 nyawa itu menjadi permulaan episod saling menuding jari sehingga menyebabkan pelbagai kes undang-undang ke muka pengadilan.
Hari ini, menerusi program ‘First Page’, pelbagai perkara yang masih belum reda dan terus berlanjutan walaupun setelah 20 tahun ia berlaku.
"Namun cerita yang paling menyedihkan hari ini adalah hakikat mereka yang terlibat masih merasakan kesedihan kehilangan orang yang disayangi dan masih cuba mengatasi trauma yang menghantui mereka selama ini," jelas penerbit rancangan, Linawati Adnan.
Semasa menerbitkan episod itu, Linawati berbual dengan bekas penduduk kondominium, pihak berkuasa dan pekerja penyelamat, wartawan dan juga aktivis yang memperjuangkan perkara itu hari ini.
Sepanjang musim ini, 'First Page' bukan sahaja melihat cerita tragedi lalu, tetapi juga konflik, politik dan juga perniagaan dan kewangan.
Kami di Astro AWANI percaya media adalah elemen paling organik untuk mendokumenkan sejarah dan peristiwa penting yang tidak boleh dilupakan.
Namun yang paling penting, setiap cerita bukan hanya cerita. Ia adalah peristiwa sebenar dan kejadian sebenar yang melibatkan orang yang sebenar, dan bukan hanya untuk tajuk berita.
* Pastikan menonton 'First Page' setiap Isnin pada jam 8:30 malam di Astro Awani 501.
Zan Azlee
Mon May 13 2013
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Mengimbas tajuk berita hangat dalam 'First Page'
Siri dokumentari terbaru, First Page akan mengimbas tajuk berita lama di media yang pernah menggemparkan negara satu ketika dahulu.