awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Agama dirawat di Hospital Putrajaya, keadaan stabil

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2025
11:47 MYT
Menteri Agama dirawat di Hospital Putrajaya, keadaan stabil
Irmohizam dalam kemas kini di laman Facebook sempat meluang masa menziarahi Mohd Na'im - Foto/Facebook Irmohizam
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya selepas mengalami keracunan makanan.
Sumber terdekat memaklumkan keadaan Mohd Na'im hari ini telah stabil dan dibenarkan keluar dari unit rawatan rapi (ICU).
"Buat masa ini keadaan YBM (Mohd Na'im) telah stabil dan dibenarkan keluar dari ICU (unit rawatan rapi)," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Katanya, Mohd Na'im mula mengalami gejala keracunan makanan pada Isnin lalu dan mendapat rawatan awal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dibenarkan pulang pada hari sama.
Bagaimanapun, keadaan beliau bertambah buruk dan dihantar ke Hospital Putrajaya pada Selasa.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan Kumpulan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Irmohizam Ibrahim dalam kemas kini di laman Facebook sempat meluang masa menziarahi Mohd Na'im.
Menerusi hantaran di laman sosial, Irmohizam mendoakan kesembuhan buat Mohd Naim dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang menjadi teladan dalam memperkukuh nilai-nilai Islam dan menyemai perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Topic Berkaitan
#Menteri Agama masuk hospital
#Datuk Mohd Na'im Mokhtar
#rawatan
#keracunan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan