KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dimasukkan ke wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, malam tadi.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin, Ahmad dikejarkan ke hospital selepas mengadu keletihan dan sakit kepala.
"Datuk Ahmad dimasukkan ke wad sekitar jam 7 malam tadi, selepas kepenatan dan mengadu mengalami sakit kepala" katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, Ahmad, 71, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pekan, menjalani pemeriksaan kesihatan dan keadaannya dilaporkan stabil serta memerlukan rehat secukupnya.
Beliau turut menjelaskan, keadaan Ahmad itu bukan disebabkan kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 pada program Imunisasi Kebangsaan COVID-19, di Kompleks Kerajaan, Kota Darul Naim jam 11.30 pagi semalam.
"Beberapa hari lepas, beliau sudah mengadu bahawa beliau alami sakit kepala, tidurnya terganggu dan tidak cukup tidur," katanya.
"Ahmad dikejarkan ke hospital selepas merasa sakit kepala dan keletihan ketika berada di rumahnya.
" Ketika saya berada di rumahnya (semalam), beliau sekali lagi mengadu sakit kepala dan saya bersama ahli keluarganya membawa beliau ke HUSM," katanya.
Dr Izani menjangkakan kemungkinan Ahmad dibenarkan keluar esok.
Muhafandi Muhamad
Wed Mar 03 2021

Dr Izani menjelaskan keadaan Ahmad itu bukan disebabkan kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 pagi semalam. - Gambar fail/ Bernama

Badminton | Kes COVID-19 jejaskan persiapan ke Olimpik
Kes positif COVID-19 membabitkan pemain badminton kebangsaan berupaya jejaskan persiapan bagi mereka yang akan ke Olimpik Tokyo. Wujud kebimbangan ada pertambahan kes daripada enam yang dilaporkan positif pada 17 April lalu. Ikuti pandangan bekas Pengarah Prestasi Tinggi BAM Datuk James Selvaraj mengenai impak situasi ini.

Bola Sepak | Zainal Abidin Hassan biberi kata dua
Prestasi turun naik pemain Melaka menjurus ke arah situasi berat buat jurulatih Melaka United FC. Zainal Abidin Hassan di beri kata dua, menang dalam 2 perlawanan atau, selamat tinggal. Zainal terima. 2 baki saingan liga di pusingan pertama bakal tentukan nasibnya bersama Melaka United FC.

Bola Sepak | Kalamullah harap peluang wakili skuad nagara
Penjaga gol PJ City Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi harap diberi peluang mewakili skuad Harimau Malaya setelah sudah buktikan kemampuannya dalam Liga Malaysia musim ini. Anak jati Kelantan berusia 26 tahun itu pamer aksi mantap apabila berjaya melakukan empat kali 'clean sheet' daripada sembilan perlawanan liga setakat ini.

COVID-19 | AS belum sedia bekal vaksin ke negara lain
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden memalukan negara itu masih belum bersedia untuk membekalkan vaksin COVID-19 kepada negara lain.

Vaksin COVID-19 | Kurang kesedaran punca Orang Asli tidak daftar
Kurang kesedaran berkaitan kepentingan vaksin dan tiada aplikasi MySejahtera antaraa punca sebahagian besar Orang Asli di pedalaman Gua Musang, Kelantan masih belum mendaftar bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Situasi itu menyebabkan Daerah Gua Musang, berada di kelompok ketiga terendah di negeri Kelantan yang telah mendaftar vaksin dengan jumlah 13, 000 orang.

Hari Bumi 2021 | Baik pulih bumi kita, tumpu lima tonggak utama
Perubahan iklim dan kemerosotan persekitaran telah merosakkan sistem semula jadi, yang membawa kepada penyakit baru dan maut serta kerosakan ekonomi global. Sama seperti perubahan iklim dan pandemik COVID-19, bumi juga perlu pulih. Dengan tema baik pulih bumi kita, ia mengingkatkan semua, peluang yang ada untuk berbuat demikian.

Hari Bumi 2021: Urus lebihan makanan dengan bijak
Pihak terlibat boleh lebih kreatif dalam menggerakkan kempen sehingga ia mampu memberi impak besar kepada masayarakat dan juga alam sekitar.

COVID-19 | Kes positif global lebihi 143 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 143 juta. Ini berikutan pertambahan lebih empat ratus ribu kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

COVID-19 | Kukuhkan langkah kesihatan awam - KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru semua pihak untuk mengukuhkan langkah-langkah kesihatan awam. Katanya itu adalah kunci memerangi COVID-19 disamping pelaksanaan pemberian vaksin.

Hari Bumi 2021 | Pelihara bumi komitmen semua pihak
Bumi boleh dibaik pulih sekiranya tanggungjawab itu dipikul bersama semua pihak termasuk individu, kerajaan dan sektor korporat. WWF Malaysia yakin dalam usaha memulihkan bumi, tiada yang mustahil sekiranya komitmen tersebut dapat dijalankan dengan cekap.

Menteri Besar Kelantan dimasukkan ke hospital
Datuk Ahmad Yakob dimasukkan ke wad Hospital Universiti Sains Malaysia, HUSM Kubang Kerian malam tadi.