awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Joseph Entulu terlibat kemalangan

Bernama
Bernama
05/03/2017
09:29 MYT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Joseph Entulu terlibat kemalangan
Entulu berkata, ketika kejadian beliau memandu kenderaan pacuan empat roda dengan ditemani isterinya, Datin Jacklyne Anthony, 29, untuk menziarah saudaranya. - Gambar fail
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan melawat saudaranya yang meninggal dunia, di KM88 Jalan Sibu-Bintulu kira-kira pukul 6.30 petang semalam.
Entulu, 63, yang juga Ahli Parlimen Selangau berkata, ketika kejadian beliau memandu kenderaan pacuan empat roda dengan ditemani isterinya, Datin Jacklyne Anthony, 29, untuk menziarah saudaranya yang meninggal dunia di Rumah Chuat, Sungai Arip, Balingian.
"Kenderaan itu tiba-tiba tergelincir dan tidak dapat dikawal lalu berpusing dan akhirnya melanggar pokok kelapa sawit yang berhampiran," katanya ketika dihubungi petang ini.
Entulu berkata sewaktu kejadian keadaan jalan agak licin kerana hujan renyai-renyai .
"Saya mengalami kesukaran bernafas selepas keluar dari kenderaan tersebut," katanya.
Beliau berkata, orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian, kemudian membantu membawanya serta isteri ke Klinik Kesihatan Tatau.
"Tiada kecederaan serius, cuma sakit badan manakala isteri agak trauma akibat kemalangan tersebut," katanya sambil menjelaskan kenderaan miliknya itu remuk di bahagian hadapan serta tepi.
Beliau yang kini sudah berada di Kuala Lumpur menganggap kejadian tersebut sebagai dugaan.
Gambar kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Entulu menjadi tular dalam media sosial hari ini menyebabkan timbul spekulasi mendakwanya terlibat dalam kemalangan serius. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Datin Jacklyne Anthony
#Jalan Sibu-Bintulu
#Joseph Entulu Belaun
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan