awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Kabinet angkat sumpah Isnin ini, jika Istana setuju - PM

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
17/05/2018
07:48 MYT
Menteri Kabinet angkat sumpah Isnin ini, jika Istana setuju - PM
Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, setakat ini pihaknya telah menentukan lima menteri dan akan melantik lagi 8 menteri.
Barisan menteri Kabinet dijadual mengangkat sumpah pada Isnin ini sekiranya mendapat persetujuan daripada Istana.
Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, setakat ini pihaknya telah menentukan lima menteri dan akan melantik lagi lapan menteri untuk memperkukuhkan barisan Kabinet baharu itu.
“Pelantikan menteri-menteri ini tidak menentukan kekuatan parti. Ada parti kita ambil lebih, ada yang kurang.
“Kita mahu perkecilkan Kabinet kepada 25, jumlahnya boleh ditambah pada masa hadapan bergantung kepada keperluan,” katanya.
Tun Mahathir berkata demikian dalam sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan, hari ini.
Ketika ditanya mengapa proses perlantikan Jemaah Menteri mengalami kelewatan, kata Tun Mahathir, Pakatan Harapan yang terdiri daripada empat parti memerlukan penelitian sebelum sesuatu pelantikan itu dibuat.
“Kita ada empat parti, masing-masing mahu kementerian tertentu. Kadang-kadang wujud pertindihan calon, kita juga perlu tentukan calon yang bersesuaian untuk memegang sesuatu jawatan dalam kementerian,” katanya.
Topic Berkaitan
#barisan kabinet
#calon
#jemaah menteri
#kementerian
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Baharu
#Malaysia Memilih
#Media
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan