PUTRAJAYA: Kabinet yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berfungsi sebagai kerajaan sementara atau "caretaker" dengan Mesyuarat Kabinet masih boleh dijalankan seperti biasa walaupun Parlimen telah dibubarkan hari ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Bagaimanapun, beliau berkata Kabinet tidak boleh membuat sebarang keputusan dasar walaupun masih boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam soal pentadbiran negara.
"Menteri dan timbalan menteri berfungsi seperti biasa dalam kerajaan 'caretaker' cuma tidak boleh membuat keputusan mengenai dasar dan polisi baharu," katanya ketika diminta memberi pandangan mengenai fungsi Kabinet ekoran pembubaran Parlimen.
Mohd Zuki berkata Kabinet juga boleh meneruskan pelaksanaan dasar dan keputusan yang telah dibuat terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubarkan.
Beliau berkata keadaan ketika ini berbeza dengan pentadbiran terdahulu apabila Perdana Menteri meletak dan melepaskan jawatan pada 2020 dan 2021.
Mohd Zuki berkata ketika itu apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudian Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan, Kabinet mereka secara serta-merta terbubar.
Namun, katanya dalam keadaan sekarang, hanya Parlimen sahaja yang dibubarkan.
"Jemaah Menteri masih lagi boleh bermesyuarat terutama apabila berlaku bencana dan sebagainya," katanya.
Perdana Menteri petang tadi dalam perutusan khasnya mengumumkan pembubaran Parlimen Penggal Ke-14 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 10 2022
Mohd Zuki berkata Kabinet tidak boleh membuat sebarang keputusan dasar walaupun masih boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam soal pentadbiran negara. - Gambar fail/BERNAMA
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Pantau Belanjawan: Tadbir Urus: ‘Spot check’ nilai prestasi penjawat awam
Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing agar perkhidmatan awam kekal cekap, relevan dan berkesan. Apakah kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan usaha ini?
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet angkat sumpah simpan rahsia
PM saksikan 10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet mengangkat sumpah simpan rahsia.
Semua menteri Kabinet diarah jalani ujian COVID-19
Semua menteri Kabinet telah diarahkan untuk membuat ujian saringan COVID-19 susulan dua menteri disahkan positif COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
COVID-19: Potong gaji menteri 30 peratus tidak akan bantu kurangkan beban kerajaan - Pensyarah
Mujibu Abd Muis berpendapat bahawa ia bukan satu cadangan yang baik untuk merancakkan semula ekonomi negara dan membasmi wabak COVID-19.
Jawatan Speaker, tempat duduk Ahli Parlimen antara tumpuan hari pertama Dewan Rakyat Isnin ini
Dewan Rakyat kembali bersidang Isnin ini dengan sebahagian menteri Kabinet bakal berdepan cabaran pertama mereka tahun ini di 'gelanggang' perundangan negara.
Isu Gojek: Pemandu teksi bimbang bakal hilang mata pencarian
Kamarudin berkata, keputusan tersebut tidak sepatutnya dibuat tanpa mengambil kira pandangan pemandu teksi terlebih dahulu.
Anwar sangkal dakwaan jadi dalang penyebaran video intim
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya beliau merupakan dalang di sebalik penyebaran video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet.
Video intim: 'Pemuda UMNO tidak terlibat isu seperti ini'
Pemuda UMNO Kedah menafikan sekeras-kerasnya bahawa pergerakan itu merupakan dalang kepada tersebarnya video tular video intim yang didakwa membabitkan seorang menteri Kabinet.
Polis panggil Shamsul Iskandar beri keterangan petang ini
Beliau berkata, pasukan polis dari Bukit Aman menghubungi pejabatnya pada Khamis dan meminta beliau hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka petang ini.
Dr Mahathir berbuka puasa bersama Kabinet, MB dan duta asing
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan majlis berbuka puasa bersama menteri Kabinet, menteri besar dan ketua menteri serta duta asing ke Malaysia di kediaman rasminya di Seri Perdana, di
Tiada istilah 'hari berehat' buat menteri Malaysia
Setiap menteri akan bergilir-gilir membentangkannya kepada Dr Mahathir bermula 2 petang esok.