awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar ASEAN bimbang situasi di Ukraine

Bernama
Bernama
27/02/2022
04:38 MYT
Menteri Luar ASEAN bimbang situasi di Ukraine
Menteri-menteri Luar ASEAN bimbang dengan perkembangan situasi di Ukraine dan menyeru semua pihak berpegang kepada prinsip saling hormat-menghormati dan menyelesaikan pertikaian mereka secara aman. - Gambar REUTERS
JAKARTA: Menteri-menteri Luar ASEAN bimbang dengan perkembangan situasi di Ukraine dan menyeru semua pihak berpegang kepada prinsip saling hormat-menghormati dan menyelesaikan pertikaian mereka secara aman.
"Untuk keamanan, keselamatan dan kewujudan bersama yang harmoni, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menegakkan prinsip saling menghormati kedaulatan, integriti wilayah dan hak sama rata semua negara.
"Kami menyeru semua pihak yang berkaitan supaya bertenang dan berusaha sedaya upaya untuk meneruskan dialog melalui semua saluran, termasuk diplomatik untuk mengawal keadaan, mengurangkan ketegangan dan mencari penyelesaian secara damai," menurut kenyataan yang disiarkan di laman sesawang ASEAN, Sabtu.
Menteri-menteri luar percaya bahawa masih ada ruang untuk dialog damai selaras dengan undang-undang antarabangsa, prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara untuk mengelakkan keadaan menjadi tidak terkawal.
Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Khamis mengumumkan operasi ketenteraan khas di wilayah Donbas, timur Ukraine; dan berikutan itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengisytiharkan darurat di seluruh negara. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Krisis Rusia - Ukraine
#Menteri Luar ASEAN
#Vladimir Putin
#Volodymyr Zelenskyy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan