awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Panglima Tentera Darat bercuti, beri ruang siasatan SPRM - Menteri Pertahanan
7 maut, 10 cedera dalam nahas bas terbalik di wilayah pergunungan Vietnam
'Tangan kami terlepas...saya yang lemas, dia yang meninggal dunia'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Bosnia dan Herzegovina adakan lawatan ke Malaysia

Bernama
Bernama
15/08/2022
04:08 MYT
Menteri Luar Bosnia dan Herzegovina adakan lawatan ke Malaysia
Lawatan Dr Bisera dari 15 hingga 16 Ogos akan dihoskan oleh Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah. - Twitter Dr Bisera Turkovic
PUTRAJAYA: Menteri Luar Bosnia dan Herzegovina Dr Bisera Turkovic akan membuat lawatan sulungnya ke Malaysia mulai Isnin.
Lawatan beliau dari 15 hingga 16 Ogos akan dihoskan oleh Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan pada Isnin berkata kedua-dua menteri luar akan bertemu dan meneliti perkembangan kemajuan hubungan yang terjalin antara Malaysia dan Bosnia dan Herzegovina.
Saifuddin dan Turkovic juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Semasa pertemuan itu, kedua-dua Menteri Luar dijangka mengadakan pertukaran Nota Diplomatik mengenai penubuhan mekanisme perundingan dua hala dan inisiatif pembangunan kapasiti antara Malaysia dan Bosnia dan Herzegovina.
"Berdasarkan latar belakang hubungan yang erat di antara Malaysia dan Bosnia dan Herzegovina, lawatan ini dijangka mengukuh dan meningkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara, terutamanya bersempena dengan ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik pada 5 Disember 2022," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Luar Bosnia dan Herzegovina
#Dr Bisera Turkovic
#Kementerian Luar
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan