KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan pada Jumaat berkata Mohamad dijangka akan menyampaikan Kenyataan Negara semasa Sidang Kemuncak itu, mengetengahkan pendirian dan pandangan Malaysia terhadap pelbagai isu yang menyentuh kepentingan umat Islam, termasuk situasi di Palestin dan Timur Tengah, Islamofobia, golongan minoriti Muslim dan kerjasama ekonomi.
Beliau juga akan menyentuh inisiatif-inisiatif yang diambil oleh Malaysia dalam memperjuangkan kepentingan dan kesejahteraan ummah.
Wisma Putra berkata Penyertaan Menteri Luar di Sidang Kemuncak tersebut melambangkan usaha-usaha berterusan dan komitmen jitu Malaysia dalam memainkan peranan aktif di OIC.
"Ia juga mempamerkan kesungguhan Malaysia untuk bersama-sama dengan Negara-Negara OIC dalam mencari jalan penyelesaian terhadap pelbagai cabaran yang dihadapi oleh umat Islam," katanya.
Menurut Wisma Putra, sidang kemuncak ini dijangka dihadiri oleh Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan serta wakil dari 57 buah Negara-Negara Anggota OIC
Sidang Kemuncak ini didahului dengan dua mesyuarat persediaan iaitu Mesyuarat Pegawai Kanan OIC dan Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri OIC yang masing-masing diadakan pada, 30 April hingga 1 Mei, dan 2 hingga 3 Mei ini, katanya.
Ia juga akan membincangkan isu-isu dan cabaran dalam bidang politik, sosio-ekonomi dan budaya yang dihadapi oleh umat Islam.
Para pemimpin OIC dijangka turut bertukar pandangan mengenai isu-isu yang berbangkit dalam membincangkan tema Sidang Kemuncak iaitu "Meningkatkan Perpaduan dan Solidariti melalui Dialog untuk Pembangunan Mampan".
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Mohamad juga akan menyentuh inisiatif-inisiatif yang diambil oleh Malaysia dalam memperjuangkan kepentingan dan kesejahteraan ummah. - Gambar fail/Bernama
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Malaysia komited tingkatkan peranannya dalam hal ehwal antarabangsa - PM Anwar
Anwar berkata, dalam mencapai aspirasi itu negara memerlukan tenaga profesional yang kompeten di Kementerian Luar.
Jangan benci pada Rohingya yang jadi mangsa kezaliman - Dr Mahathir
Kita sepatutnya kecam Myanmar dan Aung San Suu Kyi kerana kezaliman mereka dan bertindak menolak dagangan dengan mereka.
OIC gerakkan usaha bantu pelarian Rohingya - Iyad Ameen
OIC menggerakkan usaha untuk menguruskan aspek politik dan kemanusiaan membabitkan pelarian Rohingya sebagai sebahagian kempen untuk menyokong minoriti Islam yang ditindas di Myanmar.
Malaysia pembekal utama peralatan perubatan dalam kalangan negara OIC
Malaysia adalah pembekal utama peralatan perubatan hospital dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Perlu lebih proaktif dalam OIC
Kedudukan geografi Malaysia yang jauh dari negara-negara dilanda konflik, bukan alasan bantuan tidak dapat diberikan.