KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan pada Khamis mengadakan lawatan rasmi ke Brunei dan turut mengadakan kunjungan menghadap ke atas Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Menurut kenyataan Wisma Putra (Kementerian Luar), dalam pertemuan itu Sultan Brunei dan Mohamad membincangkan isu dua hala dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
"Menteri Luar telah menyatakan komitmen untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Brunei, temasuk dalam bidang perdagangan dan pelaburan
"Berhubung isu antarabangsa, Menteri Luar telah mengulangi bahawa konflik di Palestin bukan hanya isu agama tetapi adalah isu kemanusiaan sejagat dan menyeru semua pihak untuk mengambil tindakan secara bersama dan tegas untuk menghentikan peperangan yang berlaku di Gaza," menurut kenyataan itu.
Semasa lawatan rasmi itu Mohamad turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Datuk Seri Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Mohd Yusof, menyaksikan kedua-dua menteri membincangkan perkembangan hasil Rundingan Pemimpin Tahunan ke-24 yang diadakan pada 3 Ogos 2023 di Putrajaya.
Kedua-dua pihak turut menyambut baik pembukaan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATO) pada suku kedua tahun ini yang bertujuan menggalakkan peningkatan perdagangan dan perkembangan sektor pelancongan di kedua-dua negara.
Ini merupakan lawatan pertama Mohamad ke Brunei sejak dilantik pada Disember 2023 dan lawatan rasmi itu telah mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Brunei.
Tahun ini, kedua-dua negara akan meraikan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik.
Pada tahun 2023, jumlah perdagangan Malaysia-Brunei telah mencatatkan sebanyak US$2.04 bilion (RM9.31 bilion).
Selain itu, Brunei juga merupakan rakan dagang ke-30 terbesar Malaysia di peringkat antarabangsa dan keenam terbesar dalam kalangan negara-negara ASEAN.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan pada Khamis mengadakan lawatan rasmi ke Brunei dan turut mengadakan kunjungan menghadap ke atas Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah. - Foto Facebook Mohamad Hasan
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Argentina lantik Menteri Luar baharu selepas undian PBB mengenai sekatan terhadap Cuba
Duta Argentina ke Amerika Syarikat Gerardo Werthein dilantik sebagai Menteri Luar yang baharu, kata jurucakap presiden Manuel Adorni.
Junta buka pintu rundingan, Malaysia sedia bantu selesai pergolakan di Myanmar
Menjadi tugas dan tanggungjawab Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, untuk kita menguruskan isu Myanmar, kata Menteri Luar.
Malaysia secara rasmi jalin hubungan diplomatik dengan Andorra
Andorra ialah sebuah negara kecil yang tidak mempunyai akses laut, terletak di pergunungan Pyrenees antara Sepanyol dan Perancis.
UNGA79: Menteri Luar Mohamad Hasan tiba di New York
Mohamad dijadual menyampaikan Kenyataan Negara sempena UNGA ke-79 pada 28 September ini.
Abbas Araqchi dilantik sebagai menteri luar baharu Iran
Parlimen Iran meluluskan pelantikan Seyyed Abbas Araghchi sebagai Menteri Luar baharu negara itu, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
Turkiye sasar jadi rakan dialog ASEAN - Menteri Luar
Ankara menyasarkan untuk menjadi rakan dialog Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
AMM/PMC: Menteri Luar Malaysia bincang dengan rakan rejawat dari Britain, Norway dan Kanada
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bertemu dengan Setiausaha Luar British David Lammy di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-57 (AMM/PMC) p
Blinken dijadual adakan pertemuan dengan Wang Yi di Laos
Isu berkenaan situasi dan konflik di Myanmar mendominasi perbincangan dalam beberapa siri pertemuan Menteri Luar ASEAN.
Mohamad Hasan ketuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri Luar ASEAN ke-57 - Duta
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-57.
Singapura sedia iktiraf negara Palestin pada masa sesuai - Menteri Luar
Singapura bersedia secara prinsip untuk mengiktiraf negara Palestin pada masa yang sesuai, kata Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan.