awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Zambry adakan lawatan rasmi ke Jakarta bermula Rabu

Bernama
Bernama
28/12/2022
10:56 MYT
Menteri Luar Zambry adakan lawatan rasmi ke Jakarta bermula Rabu
Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengadakan lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia bermula hari ini sehingga 30 Dis. - Gambar fail BERNAMA
PUTRAJAYA: Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengadakan lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia bermula hari ini sehingga 30 Dis.
Semasa lawatan julung kali beliau sejak pelantikannya pada 2 Dis lalu, Zambry bakal mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo serta rakan sejawatannya, Retno Marsudi, menurut satu kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) hari ini,
"Lawatan rasmi ini mencerminkan hubungan akrab dan komprehensif antara Malaysia dan Indonesia sebagai negara jiran terdekat.
"Ia juga akan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk menilai kemajuan kerjasama dua hala, menerokai potensi kerjasama baharu yang lebih komprehensif serta membincangkan usaha-usaha bersama bagi menangani cabaran serantau dan global," kata kenyataan itu.
Zambry juga dijadual menyampaikan syarahan tentang pengukuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia kepada mahasiswa di Universiti Bina Nusantara (BINUS), Jakarta.
Beliau turut dijadual mengadakan sesi libat urus bersama Pertubuhan Bisnes Indonesia-Malaysia (IMBC), pimpinan belia Indonesia serta diaspora Malaysia di Jakarta, tambah kenyataan itu.
Pada tahun 2021, Indonesia merupakan rakan dagangan ke-7 terbesar Malaysia dan ke-3 terbesar ASEAN dengan jumlah dagangan sebanyak RM95.31 bilion (US$22.98 bilion).
Pada bulan Januari hingga Oktober 2022, jumlah dagangan telah mencecah RM110.44 bilion (US$25.19 bilion), peningkatan sebanyak 47.2 peratus berbanding RM75.03 bilion (US$18.14 bilion) bagi tempoh yang sama pada 2021. - BERNAMA
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Zambry Abdul Kadir
#Menteri Luar
#lawatan ke Indonesia
#Presiden Jokowi
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan