awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Sabah pengsan ketika berucap, kini dilaporkan stabil

Bernama
Bernama
28/08/2022
00:30 MYT
Menteri Sabah pengsan ketika berucap, kini dilaporkan stabil
Terdahulu, Jahid berada di Pitas untuk merasmikan sebuah projek berkaitan bekalan air. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim pengsan ketika menyampaikan ucapan pada satu majlis di Pitas semalam, namun kini dilaporkan beliau berada dalam keadaan stabil.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Joniston Bangkuai berkata beliau dimaklumkan Jahid, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli dipercayai mengalami keletihan melampau.
Beliau yang juga ADUN Kiulu itu berkata Jahid berada di Pitas untuk merasmikan sebuah projek berkaitan bekalan air yang juga sebuah projek tanggungjawab sosial korporat sebuah syarikat berkaitan kerajaan.
"Beliau dikejarkan ke Hospital Pitas untuk mendapatkan rawatan dan kini dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi pemberita semalam.
BACA: Kurang sihat ketika berucap, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah dihantar ke hospital
Terdahulu, tular di beberapa kumpulan aplikasi Whatsapp meminta ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) mendoakan kesihatan Jahid, 64, juga Timbalan Presiden parti itu dengan menunjukkan gambar Jahid yang sedang dirawat di hospital.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jahid Jahim
#keletihan melampau
#pengsan
#Hospital Pitas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan