KUALA LUMPUR: Mercy Malaysia telah mengaktifkan Pelan Tindak Balas Kemanusiaan Afghanistan yang memperincikan objektif strategik dan keutamaan untuk penyediaan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Afghanistan termasuk bantuan teras serta penyelesaian segera, pertengahan dan jangka panjang.
Mercy Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata pelan itu merangkumi bantuan makanan; sokongan penjagaan kesihatan dan COVID-19 serta air, sanitasi dan kebersihan (WASH).
Di bawah bantuan makanan, bantuan ini termasuk sokongan teras untuk penghantaran bantuan makanan kecemasan menyelamatkan nyawa di seluruh Afghanistan; memberikan bantuan makanan melalui bekalan yang diperoleh di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa; pemindahan tunai untuk baucar makanan dan makanan.
"Komponen di bawah penjagaan kesihatan dan sokongan COVID-19 termasuk penjagaan kesihatan primer, sokongan COVID-19, kesihatan mental dan sokongan psikososial serta 'ruang mesra' kanak-kanak dan wanita," kata kenyataan itu.
Mercy Malaysia juga menyatakan bahawa intervensi yang akan dilaksanakan termasuk membekalkan air bersih melalui lori-lori tangki air di kem-kem pelarian dalaman (IDP), pengedaran kit kebersihan kepada keluarga yang terjejas dan kempen kesedaran kebersihan.
Pelan Tindak Balas Kemanusiaan Mercy Malaysia Afghanistan menyediakan rangka kerja untuk tindak balas segera (tiga hingga enam bulan), tindak balas jangka pertengahan (enam-12 bulan) dan tindak balas jangka panjang (tiga tahun).
Untuk memastikan akses kepada penyampaian bantuan yang cekap, serta untuk membina kapasiti organisasi tempatan, Mercy Malaysia bekerjasama dengan NGO Afghanistan yang merupakan ahli Rangkaian Pengurangan dan Tindak Balas Bencana Asia (ADRRN).
Sementara itu, Presiden Mercy Malaysia Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus berkata pada masa ini, anggaran keperluan pembiayaan yang akan membolehkan Mercy Malaysia mengaktifkan fasa segera Pelan Tindak Balas Kemanusiaan Afghanistan adalah RM2 juta.
"Sehingga kini, Mercy Malaysia mempunyai RM450,000 dalam Tabung Bantuan Afghanistan untuk memulakan dengan rakan kongsi tempatan di Afghanistan bantuan kemanusiaan kepada kumpulan rentan termasuk IDP," katanya, sambil menambah bahawa rakan kongsi tempatan bukan sahaja akan meningkatkan tindak balas dan campur tangan segera tetapi memudahkan pemerkasaan berasaskan komuniti yang telah lama dianjurkan oleh Mercy Malaysia.
Mercy Malaysia pertama kali memasuki Afghanistan pada tahun 2001 dan sejak itu telah menyediakan lebih 20 program di Afghanistan yang terdiri daripada Program Pengurusan Risiko Bencana hingga penubuhan Pusat Latihan Vokasional Kandahar.
Untuk menyokong Dana Bantuan Mercy Malaysia Afghanistan, sumbangan boleh dibuat melalui pemindahan terus ke Tabung Kemanusiaan Mercy (Maybank 5621 7950 4126) atau Mercy Malaysia (CIMB 8000 7929 08) sementara itu sumbangan Zakat dan Sedekah juga boleh disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Mercy melalui Akaun Maybank Islamic No: 5642 5858 7606.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021

Pelan yang diaktifkan Mercy Malaysia itu merangkumi bantuan makanan; sokongan penjagaan kesihatan dan COVID-19 serta air, sanitasi dan kebersihan (WASH). - Reuters

Lori tangki minyak terbakar
Sebuah lori tangki minyak terbakar dalam kejadian di Kampung Beris Lalang di Bachok, Kelantan pada Isnin.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Mac 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ini baru sahaja permulaan - Elavarasan
Elavarasan berkata, masih banyak yang perlu diperbaiki pasukan muda negara, terutamanya daripada aspek taktikal.

12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan - PM
Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Raja Kemboja terima menghadap PM Anwar
Raja Kemboja Raja Norodom Sihamoni berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Diraja Kemboja sempena lawatan rasmi sulungnya ke negara itu.

Polis tahan 27 individu jadikan empat unit rumah tempat edar dadah
Polis menahan 27 individu disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah yang menjadikan empat unit rumah di sebuah pangsapuri di Jinjang Baru, Sentul, di sini sebagai tempat kegiatan jenayah mereka

AWANI Ringkas: RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2023 dibentang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

UMNO nafi keluar surat, Rais sah Ketua Bahagian Tangga Batu
Ahmad Zahid mengesahkan keabsahan Rais sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu yang dipilih dalam pemilihan baru-baru ini.

PLKS bagi sub sektor tekstil, tukang gunting, dan tukang emas dilanjutkan
Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pekerja asing untuk tiga subsektor iaitu tekstil, tukang gunting dan tukang emas, dilanjutkan selama tiga bulan lagi sehingga 15 Jun ini.

EMT MERCY Malaysia terima pengesahan daripada WHO
Pasukan EMT MERCY Malaysia menerima pengesahan sebagai satu daripada pasukan Pengelasan Sejagat EMT di bawah kategori Tetap Jenis 1.

Banjir: Bantuan pemulihan juga patut tertumpu kepada pemulihan ekonomi - Mercy Malaysia
Bantuan kepada mangsa banjir ketika fasa pemulihan tidak sepatutnya hanya menumpukan kepada wang ringgit atau membaik pulih kediaman semata-mata.

Mercy Malaysia aktifkan Pusat Operasi Respons Banjir
Bantuan kemanusiaan merangkumi sokongan penjagaan kesihatan; makanan dan nutrisi; air, sanitasi dan kebersihan serta logistik dan operasi.

Gempa bumi Turkiye, Syria: MERCY Malaysia salurkan bantuan yang banyak
Pertubuhan itu menyasarkan untuk mengumpul RM22 juta untuk melaksanakan Pelan Tindak Balas Kecemasan dan Pemulihan Gempa TurkiyeSyria 2023.

Gempa Turkiye-Syria: Rumah kontena untuk mangsa dijangka siap dalam sebulan
Rumah kontena dijangka siap dalam tempoh sebulan untuk menempatkan lebih 200,000 mangsa gempa dari khemah penempatan sementara.

Junta belum beri kerjasama berhubung bantuan kemanusiaan ke Myanmar - Saifuddin
Setakat ini Junta belum beri kerjasama yang diperlukan bagi menyelaras dan menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Myanmar.

Perlu wujud sistem pendataan mangsa banjir untuk kelancaran gerakan bantuan - Mercy Malaysia
Ketua komuniti perlu rekodkan segala maklumat tentang mangsa banjir di tempatnya supaya keperluan mendesak mereka dapat disalurkan dengan tepat dan cepat.

Mercy Malaysia aktifkan pelan tindak balas kemanusiaan Afghanistan
Pelan itu merangkumi bantuan makanan; sokongan penjagaan kesihatan dan COVID-19 serta air, sanitasi dan kebersihan (WASH).

MERCY Malaysia UK fokus misi kemanusiaan tanpa sempadan
MERCY Malaysia UK memfokuskan pada misi kemanusiaan yang merentas bangsa, agama dan warna kulit.

Mercy Malaysia bantu tangani kesihatan mental petugas barisan hadapan
MERCY Malaysia memulakan program intervensi bagi menyokong ketahanan dan kesejahteraan kesihatan mental kakitangan barisan hadapan.