awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Perundingan Pimpinan Wanita Kerajaan Perpaduan pertama diadakan

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2023
11:49 MYT
Mesyuarat Perundingan Pimpinan Wanita Kerajaan Perpaduan pertama diadakan
Mesyuarat Perundingan Pimpinan Wanita Kerajaan Perpaduan yang pertama diadakan di Bilik Mesyuarat Sekretariat Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan, Menara Dato Onn, di ibu negara.
KUALA LUMPUR : Mesyuarat Perundingan Pimpinan Wanita Kerajaan Perpaduan yang pertama diadakan di Bilik Mesyuarat Sekretariat Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan, Menara Dato’ Onn, di ibu negara.
Mesyuarat dipengerusikan bersama Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Noraini Ahmad dan Pengerusi Wanita Pakatan Harapan (PH), Aiman Athirah Sabu bagi memperkukuh kolaborasi dan membina rangkaian kerja wanita merentas parti.
Selain itu, sempena dengan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Malaysia yang akan diadakan pada 14 Mei 2023, Majlis Perundingan Pimpinan Wanita Kerajaan Perpaduan akan turut menganjurkan Konvensyen Wanita Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
"Konvensyen Wanita Perpaduan akan turut menggunakan tema yang sama iaitu Malaysia Madani: Mewajahi Masa Depan Malaysia dengan memfokuskan kepada agenda ekonomi, pembinaan Negara Bangsa dan peranan wanita dalam konteks Malaysia Madani," ujar Majlis Perundingan Pimpinan Wanita Kerajaan Perpaduan dalam satu kenyataan pada Khamis.
Turut hadir dalam mesyuarat pada Khamis ialah Ketua-Ketua Wanita Parti Komponen dalam PH dan BN.
Majlis Perundingan Pimpinan Wanita Kerajaan Perpaduan juga berharap, melalui konvensyen ini, ia dapat memperkukuh agenda Kerajaan Perpaduan di bawah teraju Malaysia Madani.
Topic Berkaitan
#noraini ahmad
#Aiman Athirah Sabu
#Kerajaan Perpaduan
#Malaysia Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan