awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meta akan bangunkan jurutera AI untuk tulis kod

Amanz
Amanz
26/01/2025
05:15 MYT
Meta akan bangunkan jurutera AI untuk tulis kod
Meta akan membangunkan jurutera berasaskan AI yang mampu menulis kod sendiri untuk mempercepatkan pembangunan fungsi dan produk baharu. -Amanz
MARK Zuckerberg memaklumkan syarikat Meta akan membangunkan jurutera berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang akan menulis kod sendiri.

Ringkasan AI
  • Meta akan membangunkan jurutera berasaskan AI yang mampu menulis kod sendiri untuk mempercepatkan pembangunan fungsi dan produk baharu.
  • Meta merancang untuk melabur sehingga $65 bilion dalam kecerdasan buatan dan pusat data pada tahun ini.
  • Meta telah mengumumkan akan mengurangkan sekitar 5% tenaga kerja yang kurang berprestasi pada tahun ini.

Ini sekali gus akan membantu dalam membangunkan fungsi dan produk baharu dengan lebih pantas berbanding sedia ada.
Perkongsian ini hadir selari dengan pengumuman Meta akan melabur sehingga $65 bilion memfokuskan kepada kecerdasan buatan dan pusat data.
Meta pada hari ini sedia menawarkan model kecerdasan buatan Llama mereka dalam bentuk sumber terbuka.
Pada masa sama, Meta dalam perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan mereka dinamakan Meta AI secara meluas kepada lebih ramai pengguna.
Dengan peralihan kepada penggunaan jurutera berasaskan kecerdasan buatan ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah ia akan memberikan impak kepada bilangan pekerja.
Sebelum ini, Meta telah mengumumkan akan mengurangkan sekitar 5% tenaga kerja yang kurang berprestasi pada tahun ini. -Amanz
Topic Berkaitan
#Meta
#jurutera berasaskan AI
#tulis kod sendiri
#LLaMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan