awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: DAP beri sokongan penuh kepada Kerajaan

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2014
05:25 MYT
MH17: DAP beri sokongan penuh kepada Kerajaan
GUAN ENG: Kami memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri dan kabinetnya.
DAP bersedia untuk memberi sokongan penuh kepada kerajaan dalam usaha membawa pulang mayat-mayat mangsa kembali ke Malaysia seterusnya kepada keluarga masing-masing supaya majlis pengkebumian boleh dijalankan dan disempurnakan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika menyokong usul khas tragedi MH17 berkata, siasatan menyeluruh juga diharap dapat dibuat demi menjamin keadilan untuk mangsa dan keluarga mereka.
"Kami memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri dan kabinetnya dalam usaha untuk menemukan kebenaran bagi pihak mangsa MH17. Kami memahami cabaran hebat dalam operasi untuk mendapatkan kembali jenazah mangsa, barang kepunyaan serta bangkai pesawat MH17.
"Usaha ini membabitkan banyak negara dan juga agensi serta berlangsung dalam sebuah lanskap politik yang tidak stabil dengan ancaman keganasan dan peperangan yang begitu hampir," katanya.
Tambahnya lagi, pihaknya bersyukur dengan usaha diplomatik masyarakat antarabangsa serta kerajaan Malaysia yang berhasil mendapatkan kembali dua kotak hitam MH17 daripada kumpulan pemberontak pro-Rusia.
Guan Eng turut menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada diplomat Malaysia, pegawai tentera dan penjawat awam yang bertungkus-lumus di tanah air serta di kedutaan seluruh negara dalam respon terhadap tragedi ini.
Di samping itu, beliau juga ingin menunjukkan keyakinan dengan terus menggunakan MAS sekiranya masa penerbangan mengizinkan.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#DAP
#KLIA
#Lim Guan Eng
#Malaysia Airlines
#MH17
#Najib Tun Razak
#penerbangan Malaysia
#Rusia
#Sidang Parlimen Khas
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan